Sunday, September 27, 2009

Eid Mubarak 1430 Hijrah

Keluarga Jamaluddin

Bersama Emak Mertua, suami, anak-anak, menantu dan cucu

Hari Raya kedua baru-baru ini keluarga Jamaluddin (semua adik beradik sebelah suami) telah berkumpul di Kampung Ayer Itam Labu untuk meraikan aidilfitri bersama. Alhamdulillah tahun ini lengkap 12 adik beradik dapat berkumpul. Majlis dimulakan dengan ucapan abang sulung seterusnya semua adik beradik bersalaman dan bermaafan. Jamuan makan tengahari diadakan sejurus selepas itu dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Sepanjang minggu ini saya dan suami banyak menerima tetamu yang datang beraya dirumah. Kebanyakkannya sanak saudara dan kenalan rapat.

Raya tahun ini semua anak-anak saya dapat pulang dan berkumpul untuk sama-sama meraikan aidilfitri setelah hampir 6 tahun 3 orang anak saya masing-masing beraya diperantauan.

Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua terutama kepada pengunjung setia blog ini di atas segala salah silap dan apa jua yang menguris hati secara sengaja ataupun tidak.

Dikemeriahan kita merayakan Aidilfitri janganlah lupa untuk berpuasa Sunat 6 Syawal dimana telah dijanjikan ganjaran pahala yang besar.

Salam Aidilfitri.

1 comment:

armouris said...

makan-makan beraya tu jangan makan banyak sampai sakit perut. Sebagai langkah berjaga-jaga, baca info ini - Risiko Makan Banyak di Musim Raya dan Keracunan Makanan.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.