Sedar tak sedar sudah genap seminggu Ramadhan berlalu. Adakah di dalam seminggu ini amalan kita bertambah atau masih sama dengan keadaan kita di hari-hari sebelum Ramadhan? Semoga kita terus merebut peluang di bulan Ramadhan ini meningkatkan ketaqwaan dan bukan hanya sekadar menahan letih dan lapar.
Sepanjang minggu pertama Ramadhan selepas pulang dari pejabat, suami mengikuti jadual yang padat dengan program berbuka puasa, Solat Tarawih dan menyampaikan Tazkirah di masjid-masjid yang telah ditetapkan. Hari ke 3 Ramadhan saya dan suami serta anak-anak pulang ke Kampung Batu 3, Tapah dan berbuka puasa di Surau Al-Azim yang terletak bersebelahan dengan rumah sewa kami. Kami pulang lewat ke Ipoh malam tersebut kerana suami menyampaikan Tazkirah yang agak panjang menerangkan maklumat isu-isu semasa yang sentiasa diputarbelitkan oleh media.
4 Ramadhan suami berbuka puasa, menjadi imam solat Tarawih dan menyampaikan tazkirah di Dataran DBI Ipoh. Ia menjadi satu sejarah di negeri Perak kerana sebelum ini belum pernah kawasan dataran tersebut dianjurkan program berbuka dan solat di bulan Ramadhan.
5 dan 6 Ramadhan suami ke Kuala Kangsar berbuka puasa di Istana Iskandariah bersama Pasukan Beruniform Negeri Perak Darul Ridzuan dan keesokkan harinya saya turut bersama suami ke Kuala Kangsar menghadiri Majlis berbuka puasa bersama Majlis Belia Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Perak. Pada hari yang sama terdapat program Usrah di kediaman rasmi. Saya dan suami tiba di kediaman pada jam 10.45 dan suami menyampaikan amanat dalam program Usrah bulanan PAS Perak yang berakhir kira-kira jam 12.45 malam. Sebelum itu, semua ahli usrah telah berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di Dewan Kediaman dan menjalankan aktiviti usrah yang kali pertama diadakan di kediaman rasmi MB.
Pagi tadi selepas sahur di kediaman, suami bersiap ke Masjid Kampung Tengku Husein untuk Solat Subuh berjemaah dan menyampaikan Kuliah Subuh. Tepat jam 4.00 petang suami ditemani menantu telah pergi ke Manjung untuk melawat Bazaar Ramadhan di Pekan Manjung. Seterusnya suami menyampaikan Tazkirah sebelum berbuka puasa di Surau Madah, Fasa 1A. Suami menunaikan Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Sultan Alang Iskandar di Kampung Dato' Seri Kamaruddin, Setiawan.

2 comments:
Salam Datin Seri,
MasyaAllah... sibuknya YB MB..
tapi masih mampu meluangkan masa menyampaikan tazkirah di sana sini. Bilakah masanya saya berpeluang bersama-sama dalam majlis dengan kehadiran YB Datuk Seri dan Datin Seri? Harapnya satu hari nanti saya berpeluang juga.
Bila saya membaca blog ini, terasa begitu terharu dan hiba. Beginilah yang dinanti2 daripada seorang pimpinan.. Ya ALLAH perkuatkan sesiapa yang beramal dengan agamaMU. Aminnn.
Post a Comment