Monday, February 08, 2010

PERINGATAN DARI MB YANG SAH DATO' SERI NIZAR


STATUS MB PERAK SAH DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN ESOK
Asalamualaikum dan salam sejahteraKepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.
Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR.

Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah.

Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!

8 comments:

InsanBerani said...

Bergeraklah ke medan siasah membawa panji-panji kebenaran... Ingat Lagu AR RUHUL JADID dlm vcd lagu FA ALIP SIN...

Unknown said...

hari tu sapa yang bawak pi mahkamah utk putuskan sapa MB ?

Dah laki hang bawak , dia kalah tak puas hati pulak ?

tanahserendah.blogspot.com said...

Datin Seri,

Walau pun saya orang Kelantan yg mempunyai ramai teman2 di kalangan orang Perak, saya cukup mengkagumi kepimpinan DS Nizar. Selama ini saya tak pernah kenal DS Nizar, tapi selepas PRU 8 Mac, tiba2 nama DS NIzar naik mendadak dalam politik di Perak. Hal ini menarik minat saya untuk mengkaji siapakah orang ini dari segi kelulusan, keluarga,apa sahaja yg berkaitan dengan DS Nizar.Daripada kajian saya, rakyat Perak sangat bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin yg begitu berkarisma, public speaking yg bagus dan yg lebih penting mepunyai ilmu agama yg meluas. Dengan penghakiman Federal Court tidak akan mengubah hakikat bahawa rakyat Perak adalah entiti yg paling berhak menentukan siapa MB sah, samada MB Mahkamah atau MB Rakyat. Teruskan perjuangan Dato Seri dan Datin

belantiboys said...

malim nawar ni perangai macam yahudi. Datin seri bersabarlah kebenaran akan menjelma juga parti malim nawar ni akan hancur musnah tunggulah waktu dan ketikanya. Mampus umno bee end.

Unknown said...

penderhaka balaci komunis KALAh!!! ha ha ha... idup zambry

yes said...

Assalamualaikum Datin Sri,

Keputusan mahkamah telah pun kita ketahui. Bersabarlah dan teruskan perjuangan. Allah Yang Maha Mengetahui apakah yang akan berlaku. Datuk Seri dan rakan rakan sudah berusaha sedaya upaya, jadi sekarang kita serahkan kepada ALLAH. jangan keloh kesah, jangan marah dan geram. Semuanya adalah ketentuan ALLAH. Ajar rakan rakan yang bukan Islam menerima ketentuan Allah, jangan kita yang
Islam pula tak mahu menerima kadak dan kadar.
Selamat menjalankan tugas kerana ALLAH.
Kepada anda yang menulis secara biadap di blog ini anda hanya menyerlahkan peribadi anda.

Mohd said...

Eloklah ditukar nama blog - ExMB's wife.

SG SAN said...

Hi there,

Very nice post and blog, I found it very explanatory and informative, thank you very much for sharing your knowledge and wisdom with us.

take care and stay positive

Your follower

Lisa from Baby Names
.....