Thursday, December 25, 2008

Majlis Makan Malam di Pekan Karai

Satu Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat telah diadakan di Pekan Karai, semalam.

Suami telah memberi ucapan di dalam majlis tersebut dan merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat Mukim Kota Lama Kanan. Antara yang hadir ialah wakil dari Parti Keadilan Saudara Mustapa Kamil Ayub, wakil DAP- Y.B Sivakumar.


Wednesday, December 24, 2008

Sumbangan Kembali Ke Sekolah


Satu Majlis Minum Petang dan penyampaian sumbangan kembali ke sekolah untuk anak yatim telah diadakan di Pusat Khidmat Penyelia DUN Blanja, Kampung Tengah, Parit pada 22 Disember bermula jam 5.00 petang.

Program kebajikan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Wanita Daerah Perak Tengah (PEKANITA) bersama Dewan Muslimat PAS Parit dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Blanja. Seramai 70 orang anak yatim telah diraikan di dalam majlis tersebut. 11 orang ibu tunggal turut diraikan bersama dan mereka menerima sumbangan berupa wang tunai.

Turut bersama di dalam majlis ialah Dr. Najihatussolehah- Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit merangkap Penasihat PEKANITA.


Monday, December 22, 2008

Membela Nasib Rakyat Miskin


Atas dasar keprihatinan dan rasa simpati terhadap golongan miskin dan tidak terdaya untuk bekerja mencari nafkah, saya telah mengatur satu pertemuan dengan 2 buah keluarga miskin di Sungai Siput (U) untuk bertanya khabar dan menyalurkan sumbangan.

Turut bersama saya di dalam program ziarah tersebut ialah Ketua & Ajk Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Perak, Timbalan YDP Pas Kawasan Sungai Siput serta muslimat Kawasan Sungai Siput.

Kami telah menziarahi warga emas yang lumpuh iaitu Encik Mat Nor Ibrahim dan Mariam Adnan di Kampung Jalong, Sungai Siput. Di mana kisah beliau ada dimuatkan di dalam Akhbar Metro beberapa hari yang lalu. Mat Nor yang berusia 71 tahun sudah 20 tahun lumpuh dan isterinya berusia 63 tahun bekerja menoreh getah untuk meneruskan kehidupan. Rumah yang didiami oleh mereka terlalu uzur dan sudah reput. Mereka turut menerima bantuan dari pihak Baitulmal negeri RM150 sebulan bermula tahun lalu.

Sebuah kerusi roda telah saya sumbangkan kepada Mat Nor beserta barang-barang dapur dan wang tunai.

Ketika lawatan di rumah Mat Nor, ramai penduduk Kg. Jalong berkumpul dan meluahkan masalah mereka yang sering mengalami banjir ketika musim hujan. Terdapat hampir 300 buah rumah di kampung tersebut. Mereka turut memohon penempatan baru dan meluahkan rasa dukacita di atas penurunan harga getah yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk. Mereka turut memohon agar diberi latihan kemahiran untuk menambahkan pendapatan.

Dari Kampung Jalong saya bersama yang lain pergi pula ke Kampung Jaya Setia untuk menyampaikan sedikit bantuan berupa barang-barang dapur dan wang tunai kepada En. Shaari b. Telang berusia 77 tahun yang sudah 2 tahun tidak dapat melihat. Beliau yang berasal dari Serdang Kedah kini tinggal bersama anak perempuan dan menantunya di kampung tersebut.

Saya berada sedih kerana dalam keadaan negara yang sudah maju, masih ramai golongan miskin dan tidak berupaya hidup tanpa pembelaan. Walaupun Jabatan Kebajikan dan pelbagai pertubuhan kerajaan & swasta diwujudkan untuk tujuan membantu golongan sebegini namun hasilnya belum menyeluruh. Tambahan apa yang saya kesali ada pihak yang menghulur bantuan memilih bulu dan mereka pula mengharapkan habuan yang besar.

Suami telah mencadangkan agar saya sendiri turun melihat keadaan masyarakat yang hidup susah. Mereka tidak tahu di mana mereka ingin mendapat bantuan, mereka tidak ada kenderaan untuk ke pusat-pusat kebajikan untuk memohon bantuan. Bagi mereka yang berkemampuan sama-samalah kita membantu golongan miskin sebegini dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan terus berjuang membela nasib mereka.

Sunday, December 21, 2008

Nisa' Perak Indoor Games 2008

Indoor Games anjuran NISA' Negeri Perak telah berjaya dilangsungkan pagi tadi di Taman D.R Seenivasagam, Ipoh. Program yang berobjektifkan memperkenal permainan-permainan kepada generasi muda moden dan mewujudkan jalinan ukhuwah di antara para peserta telah berjaya menarik minat peserta yang bilangannya amat membanggakan.

Pengarah program ialah Puan Haliza bt Hamidon dan sepatutnya saya menghadiri majlis perasmian program ini namun disebabkan komitmen saya perlu bersama suami ke Taiping saya telah mewakilkan Puan Arbaayah (Isteri kepada Exco Y.B Zainuddin) untuk berucap sekaligus merasmikan program tersebut.

Menurut anak saya yang juga terlibat sebagai AJK, program berlangsung dengan baik dan antara permainan yang dipertandingkan ialah Catur, Ceper, Karom, Congkak, Batu Seremban, Dam Haji dan Dam Ular. Pertandingan bermula jam 9.15 pagi dan majlis berakhir pada jam 2.00 petang.

Nisa' ditubuhkan dengan misinya 'melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia' dan keahliannya terbuka kepada golongan wanita berumur antara 15 hingga 40 tahun.





Muzakarah Pegawai Masjid Negeri Perak


Satu Muzakarah Pegawai-pegawai Masjid Negeri Perak telah diadakan di Dewan Serbaguna Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, pagi tadi. Muzakarah tersebut dianjurkan bersempena Mesyuarat Agung Ke-12 Persatuan Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Perak (PEWARAK).


Suami menyampaikan ucapan

Pegawai-pegawai masjid yang hadir

Hari Anugerah Cemerlang PASTI Negeri Perak

Semalam telah diadakan Hari Anugerah Cemerlang Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Peringkat Negeri Perak bertempat di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyyah (SERATI), Tanjung Rambutan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh saya sendiri.

Saya tiba sekitar jam 10.30 pagi kerana terlebih dahulu menghadiri program di Pengkalan Pegoh. Sebelum itu ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Y.Bhg Tn. Haji Hashan Aladi selaku Pengarah PASTI Perak dan ucapan oleh Y.Bhg Al-Fadhil Ustaz Nor Azli Musa- Ketua Pemuda PAS Perak.

Selepas majlis perasmian diadakan persembahan Bercerita oleh Johan Ihtifal Kebangsaan dari Gerik dan Persembahan Nasyid oleh Johan Ihtifal Kebangsaan dari Bagan Serai. Penyampaian hadiah dan anugerah diadakan sejurus selepas itu.

Jamuan makan diadakan sebelum majlis bersurai.

Saturday, December 20, 2008

Program Motivasi Keibubapaan dan Pelajar


Satu Program Motivasi Keibubapaan dan Pelajar telah diadakan di Masjid Pengkalan Pegoh. Penganjurnya ialah WIRDA.

Di dalam ucapan perasmian, saya telah menekankan beberapa perkara antaranya:
  • Sistem pendidikan di negara semakin merosot disebabkan dasar yang digubal untuk kepentingan politik sesuatu pihak. Dulu Institut Pengajian Tinggi di Malaysia antara terbaik di dunia. Sekarang jauh ketinggalan di belakang.
  • Tanggungjawab mendidik anak bukan hanya terletak kepada guru-guru di sekolah
  • Anak merupakan anugerah Allah yang sangat berharga. Sudah menjadi tanggungjawab kita menggilap permata yang amat bernilai ini. Kita ibu bapa perlu berkorban apa saja dalam memberi didikan kepada anak-anak.
  • Pendidikan Bukan Formal perlu lebih diusahakan selain Pendidikan Formal yang diterima oleh anak-anak disekolah. Pendidikan Bukan Formal telah dalam sejarah banyak melahirkan cendiakawan Islam dalam pelbagai bidang.
  • Kejayaan tidak boleh dinilai hanya dengan mengukur pencapaian akademik. Ia perlu juga dinilai secara holistic yang merangkumi pembangunan fizikal dan spritual.
  • Berterima kasih atas usaha kerajaan Perak yang sedar betapa pentingnya pendidikan dan kerana inilah sekolah-sekolah agama rakyat terus dibela. Ia menjadi peranan untuk kecemerlangan pelajar bukan setakat mahir dalam ilmu-ilmu moden malah teguh di dalam ilmu-ilmu spiritual.
  • Manfaatkan majlis ilmu yang dianjurkan oleh sesiapa sahaja.

Sebahagian peserta yang hadir

Friday, December 19, 2008

Balik ke Batu 3, Temoh

2 hari yang lapang saya mengambil keputusan pulang ke rumah sewa di Batu 3 Temoh untuk mengemas rumah dan mengambil barang yang perlu di bawa ke kediaman di Ipoh. Saya dan anak-anak turut menziarahi bonda yang masih terlantar sakit di rumah kakak saya di Tapah.

Suami ada SMS kepada anak yang beliau selamat di Singapura dan esok akan kembali ke Ipoh. Dalam perjalanan pulang beberapa program telah diatur untuk beliau di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Jadual saya sebelum berakhir tahun 2008 agak padat dan keesokkan hari ada 2 majlis berasingan yang perlu saya hadir dan terdapat beberapa program yang bertembung waktu telah saya wakilkan kepada orang lain.


Thursday, December 18, 2008

Bicara Feqh Wanita


Satu program Bertajuk 'Bicara Feqh Wanita' akan diadakan di Dewan Bandaran Pengkalan Hulu pada hari Selasa 23 Disember 2008 mulai jam 8.00 pagi. Program ceramah agama tersebut akan disampaikan oleh anak sulung saya, Faatihah.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Pengkalan Hulu.

Wednesday, December 17, 2008

Lawatan Kerja Ke Singapura


Suami selamat berangkat ke Singapura kira-kira jam 10.45 malam dari Bangunan SUK Perak dalam misi lawatan kerja sambil belajar selama 3 hari. Cerita tentang lawatan ada di www.kamparinn.blogspot.com

Rombongan memilih untuk menaiki bas ke Singapura dan ia merupakan salah satu usaha berjimat yang dianjurkan oleh kerajaan. Adakah media arus perdana akan mehebahkan sikap sebegini yang dilakukan kerajaan Perak? Tentunya tidak. Segala kebaikkan akan disembunyi, bahkan diputar belit oleh media.

Semoga rombongan selamat pergi dan pulang. Sama-sama kita doakan.

Suami berkata sesuatu kepada ahli rombongan yang terdiri daripada
pimpinan PBT, Pegawai Kerajaan dan beberapa orang Exco


Bacaan Doa Musafir

Pesta & Jualan Buku


Iklan Pesta & Jualan Buku di Ipoh

Tuesday, December 16, 2008

Halal Fest 2008

Karnival Usahawan Halal Negeri Perak atau Halal Fest 08 telah berlangsung sejak 13 Disember 2008 dan akan berakhir esok 17 Disember 2008. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Haji Ir. Mohammad Nizar malam semalam bertempat di Dataran Bandaraya Ipoh.

Karnival ini dianjurkan oleh Persatuan Perantis Keusahawanan Nasional Negeri Perak Darul Ridzuan (PPKN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Bandaraya Ipoh.

Selain gerai jualan yang dibuka untuk para pengunjung, beberapa program telah diatur seperti Ceramah Motivasi oleh Dr. Tengku Asmadi, Demontrasi Masakan oleh Chef Fatima, Ceramah Halal oleh Ustaz Mustafa Ashaari, Demontrasi Khat Jawi, Forum Perdana "Membangun Usahawan Muslim", Ceramah Perdana "Memperkasa Umat Mandiri" serta Pertunjukkan Animasi Kartunis. Setiap hari sepanjang karnival, bermula jam 12.00 malam diadakan pula Zikir Munajat.

Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan oleh Pengerusi PPKN akan diadakan esok didalam majlis penutup.


Gambar-Gambar sekitar Majlis Perasmian Halal Fest 08