Monday, June 30, 2008

Pertunjukan Fesyen Busana Muslim

Pertunjukan fesyen yang ditaja sepenuhnya oleh Shamensi Clothing Sdn Bhd dengan mottonya 'Melengkapi Keperluan Ibadah Muslim'

Semalam saya telah meluangkan masa ke Slim River bagi merasmikan Pertunjukan Fesyen Busana Muslim di dalam Eksposisi Gaya Hidup Muslim yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Batang Padang dan JAMA'IY Negeri Perak.

Dalam suasana hari ini pelbagai 'trend' berpakaian dapat kita saksikan menular dalam masyarakat melayu Islam. Dapat dilihat seolah-olah cara berpakaian masyarakat muslim terutama remaja telah hilang identiti Islam dan seterusnya gagal memenuhi tuntutan menutup aurat.

Islam adalah agama yang mudah. Tuntutan berpakaian menutup aurat juga mudah. Tidak salah berfesyen tetapi jangan melampaui batasan Islam. Cara berpakaian yang sempurna walaupun berfesyen tetapi mengikut syariat adalah untuk tujuan keselamatan kita sebagai wanita. Islam telah menjaga maruah wanita melalui cara berpakaian yang menutup aurat. Maka hargailah diri dan identiti Muslim menerusi pemakaian yang sempurna.

Semoga program-program seperti ini dapat membantu para muslimah memilih fesyen yang menutup aurat bagi menjaga kehormatan mereka yang telah disyariatkan oleh agama Islam.

Memberi ucapan buat hadirin yang hadir seterusnya merasmikan majlis tersebut

Menyaksikan Pertunjukan Fesyen Busana Muslim bersama hadirin yang hadir. Duduk di kerusi hadapan dari Kanan Pengurus Shamensi, Isteri Pegawai Daerah Batang Padang Datin Hajjah Maimun, saya dan Pengarah program