Monday, June 30, 2008

Pertunjukan Fesyen Busana Muslim

Pertunjukan fesyen yang ditaja sepenuhnya oleh Shamensi Clothing Sdn Bhd dengan mottonya 'Melengkapi Keperluan Ibadah Muslim'

Semalam saya telah meluangkan masa ke Slim River bagi merasmikan Pertunjukan Fesyen Busana Muslim di dalam Eksposisi Gaya Hidup Muslim yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Batang Padang dan JAMA'IY Negeri Perak.

Dalam suasana hari ini pelbagai 'trend' berpakaian dapat kita saksikan menular dalam masyarakat melayu Islam. Dapat dilihat seolah-olah cara berpakaian masyarakat muslim terutama remaja telah hilang identiti Islam dan seterusnya gagal memenuhi tuntutan menutup aurat.

Islam adalah agama yang mudah. Tuntutan berpakaian menutup aurat juga mudah. Tidak salah berfesyen tetapi jangan melampaui batasan Islam. Cara berpakaian yang sempurna walaupun berfesyen tetapi mengikut syariat adalah untuk tujuan keselamatan kita sebagai wanita. Islam telah menjaga maruah wanita melalui cara berpakaian yang menutup aurat. Maka hargailah diri dan identiti Muslim menerusi pemakaian yang sempurna.

Semoga program-program seperti ini dapat membantu para muslimah memilih fesyen yang menutup aurat bagi menjaga kehormatan mereka yang telah disyariatkan oleh agama Islam.

Memberi ucapan buat hadirin yang hadir seterusnya merasmikan majlis tersebut

Menyaksikan Pertunjukan Fesyen Busana Muslim bersama hadirin yang hadir. Duduk di kerusi hadapan dari Kanan Pengurus Shamensi, Isteri Pegawai Daerah Batang Padang Datin Hajjah Maimun, saya dan Pengarah program

9 comments:

AZWA said...

Salam.

Selamat berblogging Datin Seri. Busana by Shamensi boleh tahan juga lawanya tu. Kat Ipoh Shamensi ada cawangan ke, kat mana ya?

hani nasution a.k.a UmmiAnni said...

salam Datin Seri,

Tahniah dan selamat datang ke dunia blogging..semoga lebih banyak info yg datin seri boleh muatkan di sini..

Tahniah juga kerana baru terima menantu..

Busana Shamensi memang cntik designnya and harga pun berpatutan..

wallahualam

wakil DMP Bagan Datoh

cikliah said...

Salam Datin Seri,

Sekalung tahniah di atas kewujudan blog ini. Dapatlah kita mengetahui berita di Negeri Perak dari perspektif Datin Seri sendiri.

Saya sebagai anak Perak sangat teruja dengan blog ini dan berharap blog ini akan berterusan memberi info dan update mengenai sebarang berita atau aktiviti.

Tahniah sekali lagi !

nurazzah8 said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Datin Seri, sekalung tahniah saya ucapkan di atas kelahiran blog ini. Bolehlah saya yang jauh di Shah ALam ini mengetahui perkembangan di negeri Perak melalui pandangan mata seorang isteri kpd pemimpin, seorang ibu kpd 8 orang anak (mungkin saya boleh berguru atau mengambil tips dari Datin Seri kerana saya juga mempunyai 8 orang anak) dan juga sbg wanita no 1 di negeri Perak yang sudah semestinya menerajui pelbagai persatuan/pertubuhan wanita di negeri Perak...

Mungkin Puan Seri tidak mengenali saya, tetapi kita pernah berjumpa semasa majlis perkahwinan anak Datin Seri di rumah menantu Datin Seri iaitu Hazimin. Saya mengenali anak dan menantu Datin Seri melalui anak saya yang sedang menuntut di Jordan.

Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Abang Long said...

Salam ukhuwwah buat Datin Seri.

Tahniah, kerana telah menyertai dunia siber @ blog.

Entri pertama mambawa erti yang begitu mendalam.

Muslimah yang berbusana muslim. Sejuk mata memandng.

zeera said...

Assalamualaikum Datin Seri,

Saya ingin mengalu-alukan kehadiran datin seri ke dunia siber ini. Semuga kehadiran blog ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang melayarinya. Bercakap mengenai busana muslim ini saya amat tertarik dengan tudung yang puan seri sendiri gayakan sehinggakan saya membeli majalah i-sihat(julai) yang tidak pernah saya beli sebelum ini. Hati tertanya-tanya di mana agaknya saya boleh mendapatkan tudung seperti itu?

Sekian, salam perkenalan.

PINATBATE said...

Salam Datin Seri...selamat berblogging..

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Assalamualaikum w.b.t
terima kasih kepada semua bloggers kerana mengunjungi blog saya. semoga blog ini dapat memberi info dan maklumat kepada semua.

Azwa,
Cawangan shamensi di Ipoh terdapat di Greentown Mall (05-2420889) dan di Greentown Nova (05-2421389).

Hani Nasution,
Sememangnya harga yang ditawarkan oleh Shamensi berpatutan sesuai mengikut designnya.

Cikliah,
InsyaAllah saya akan update blog ini mengikut kelapangan yang termampu

Nurazzah8,
Oh yakah? Maaf saya tak perasan masa kenduri tu kerana terlalu ramai tetamu yang bersalaman. InsyaAllah ada kelapangan boleh bersua lagi

Abang long,
Alhamdulillah begitulah yang diharapkan. Semoga dengan usaha program sebegini akan memberi altenatif kepada muslimah untuk berfesyen.

Zeera,
Tak sangka ada yang berminat dengan tudung yang saya gayakan :) Buat pengetahuan itulah fesyen tudung yang saya pakai dari dulu sampai sekarang. Kain tudung bulat yang biasa orang pakai cuma saya tempah sendiri dengan bertali dibelakang. Al-maklumlah anak ramai, kena pakai bertali baru tak senget-senget. :)

Pinatbate,
Terima kasih kembali..

Jacob said...

hi,

We from Royal Artistry Model Agency.
Do u Need models for your runway shows/fashion shows or photo shoots? Good news, we can provide them for you at reasonable amazing low price. Contact us through our email or simply call directly the phone number below..


Phone : 012-5242107
Email : royalartistry@gmail.com