Monday, June 01, 2009

Genap 3 bulan pemergian bonda


28 Mei 2009 genap 3 bulan pemergian bonda tercinta. Arwah bonda pergi meninggalkan kami selama-lamanya ketika keadaan kemelut politik yang serius melanda negeri Perak. Pada ketika itu kami sekeluarga baru seminggu berpindah dari kediaman Menteri Besar dan masih dalam keadaan kelam kabut menguruskan pelbagai urusan pemindahan.

Pada hari kematian bonda, suami berceramah di Kedah, anak sulung dan menantu berada di kampung Parit Buntar dan saya pula menerima panggilan daripada kakak yang menjaga arwah bonda mengatakan arwah bonda pada ketika itu telah nazak.

Pada ketika itu saya meminta bantuan dari petugas Unit Amal untuk membawa saya dan anak-anak terus ke Tapah. Anak sulung dan menantu terus bertolak dari Parit Buntar ke Tapah. Saya tiba di Tapah pada jam 9.00 malam dan sempat bersama hayat bonda lebih kurang satu jam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.05 malam.

Suami ketika itu baru dijemput untuk menyampaikan ceramah dan mendapat berita dari kampung tentang kematian bonda. Selesai ceramah suami dan pengiring terus bergegas pulang ke Tapah dan tiba sekitar jam 3.00 pagi.

Saya dan ahli keluarga telah merancang untuk mengadakan sedikit tahlil dan doa selamat dalam masa terdekat ini. Semoga ruh bonda tercinta ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman. Al-Faatihah.

1 comment:

Ummu Ammar said...

salam...

banyakkan bersabar datin.. teruskan berdoa utk kesejahteraan roh bonda.. saya juga baru sebulan mengalami kehilangan ayahanda tercinta 26/4 yg lepas...

apa pun tidak ada apa yg mampu kita hadiahkan buat roh mereka melainkan doa dan bacaan al-Quran.. semoga roh mereka tenang di sana.. insyaAllah...

Al-Fatihah...