Wednesday, June 03, 2009

Majlis Doa Selamat

Semalam selepas Isyak saya sekeluarga melapangkan masa ke rumah jiran sebelah rumah yang mengadakan sedikit majlis doa selamat menyambut kelahiran anak ketiganya. Anak lelaki diberi nama Muhamad Nizar.

Majlis dimulakan dengan tahlil dan doa selamat, jamuan dan doa untuk bayi, belah mulut serta cukur jambul dan bersurai kira-kira jam 10.00 malam.

Disebabkan jadual suami yang padat (kebiasaan akan pulang ke rumah sekitar jam 1-2 pagi) menyebabkan peluang bertemu jiran-jiran amatlah sukar. Alhamdulillah semalam dapat bertemu dengan sebilangan ahli-ahli kariah dan sempat juga dia berbual panjang mengenai isu-isu semasa terutama politik di Perak.



7 comments:

BumiPerak said...

Assalamualaikom Datin Seri,
Anak kelima saya juga diberi nama Sofwan Nizar (Panggil Nizar) yang lahir pada 7 April 2009 sama waktu pengumuman kemenangan Dato' Seri di Pilihanraya bukit Gantang.

Alhamdulillah.. Comel dan Ceria bagai suami DatinSeri.

adilah said...

nampaknya, 2016 nti (time anak2 yg lhr thn ni masuk skolah)...
cikgu dk pgl name nizar jer la...

sy doakan kejayaan DS IR Nizar...
buat Dato Seri n Datin Seri, smga sabar mghadapi kerenah politik ini...

Unknown said...

Datin Seri,
Semoga tabah menghadapi ujian, Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersabar dan beriman.

Allah berfirman:
" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(QS 2:216)

Semoga kita selalu YAKIN bahwa Allah selalu BERBUAT YANG TERBAIK untuk kita. Ameen

Lebai Mangkuk said...

PAKATAN RAKYAT sebenar nya tidak pernah ujud. Perkataan 'keji' ini cuma di sebut apabila menghadapi PRU atau PRK sahaja. Tiada lambang parti Pakatan Rakyat yang sah pernah kita lihat. Kerana ianya tidak pernah ujud.

Perkatan Pakatan Rakyat cuma di ujudkan untuk membantu dan menguatkan parti pembangkan melawan parti BN yang memerintah negara. Keujudan perkatan Pakatan Rakyat ini hanya menguntungkan parti DAP dan PKR.

PAS cuma dapat untung segantang, tetapi DAP dan PKR mendapat untung se guni.

Unknown said...

Setahu saya lambang parti boleh digunakan sekiranya gabungan lebih 7 komponen ???

cakcebor.blogspot.com said...

Jangan anak ke-4 bagi Ngeh Kor Ham sudah.

Anonymous said...

Syukur dapat juga Datin Seri buat kenduri makan ramai - ramai dengan ahli keluarga. Tapi jiran saya kat Changkat Jering ni ... sape pun tak ambil tahu. Entah makan apa hari pun tak tau. Cuba cakap kat suami Datin Seri tu tolong jengok jiran kat sebelah rumah saya, berilah bantuan. Datang macamna suami Datin masa berkempen ari tu... tolonglah.....