Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Hari ini saya sekeluarga bertolak ke KLIA untuk menyambut ketibaan anak kedua yang pulang bercuti dari Jordan. Sejak awal pagi saya sibuk mengemas begitu juga anak-anak yang tidak sabar menunggu kepulangan abangnya. Dari KLIA kami sekeluarga terus menuju ke Kampung Air Itam Labu di Kampar untuk berbuka puasa bersama ibu mertua dan sanak saudara yang pulang bercuti menyambut 1 Ramadhan di kampung.

Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini saya mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa buat semua umat Islam. Rebutlah peluang sebanyak yang mungkin untuk membuat kebajikan dan menebus segala kelalaian dan kealpaan sebelun ini

Semoga Ramadhan kali ini akan membawa lebih pengertian dalam peningkatan amal ibadat kita selama ini disamping meningkatkan lagi keimanan dan kataqwaan kita sebagai hamba Allah

8 comments:

armouris said...

banyak info tentang puasa kat sini - Puasa @ Info-Kesihatan-Anda

kakyong said...

salam Ramadhan buat Datin sekeluarga.

Khmer Group said...

Nice to be in your site,
anyway, could you exchange link?
Here is my site:
http://www.bkhmer.com/news/
I hope you could do it to share more friendship
Any way, it is an honor if you could link my site in your blog.
Please let me khnow if you link me at http://www.bkhmer.com/news/
My best regards,
Bkhmer

Shim Bee said...

salam Ramadhan kepada Datin sekeluarga dari Naishim dan Ustaz Azhan Ishak.

aktiviti dakwah :
http://pusatmotivasiattaqwa.blogspot.com/
Sumbangan RM 1 juta
http://arraudhatuljannah.blogspot.com/

~PakKaramu~ said...

Salam lailatul qadar

baginda® said...

Kami warga ERA PASCA ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada semua pembaca blog ini... DAN....

Walauapepun....

Ampun maaf daripada kami andai...

TERkasar bahasa
TERsilap pukul
TERambil barang
TER'pau' duit
semua TER2 yang lain

Ikhlas dari kami warga Era Pasca:
Naruto Sensei & baginda®

Sri said...

Saya masih rindu membaca tulisan2 Datin Fatimah. Lantaran kebelakangan ini nampaknya agak kurang datin menulis. Apepun semoga Allah sentiasa memberkati datin sekeluarga dan segala usaha murni yg dilaksanakan.. ameen
-dari jauh-

Jacques.ah said...

Buat Datin Seri Fatimah sekeluaarga,

Maaf kerana lama tidak bertandang oleh kerana kesibukan.

Namun tidak pernah melupakan datin Seri sekeluarga disaat saat baik maupun di saat saat yang susah. Dunia politik sentiasa bergolak saperti roda. Biar apa pun kami sekeluarga harap datin seri sentiasa tabah mengharungi dugaan hidup ini.

Harap tidak lewat untok mengucapkan Selamat hari Raya pada datin seri sekeluaarga. Maaf zahir dan batin.

Hassan