Wednesday, March 24, 2010

BERSAMA SUAMI DI TIMUR TENGAH, UK & IRELAND

Tanggal 9 mac 2010, saya diajak suami menyertainya bersama2 rombongan PAS Perak menjelajah dan bertemu pelajar malaysia yang kini sedang belajar dan menetap di Timur Tengah , UK dan Ireland.
Dlm siri lawatan tersebut suami telah berjumpa ribuan pelajar perubatan dan syariah di Cairo dan Jordan dari kesemua negeri. Manakala di UK dan Ireland, suami telah berjumpa dan mengatur sessi perbincangan di London, Newcastle, Coventry, Warwick, Leeds, Manchester dan Dublin.

Sambutan dari pelajar disana sungguh menakjubkan oleh kerana mereka tersangat mahu mengetahui dengan terperinci mengenai kes rampasan kuasa di Perak. Alhamdulillah suami dan rakan pimpinan PAS Perak telah berkeupayaan menerangkan serta menceritakan gambaran sebenar isu rampasan tersebut serta keputusan di mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi. Setelah berada di perantauan selama 14 hari, akhirnya kami bertolak dari London dan sampai di KLIA pada senja 23 Mac 2010.

Monday, February 08, 2010

PERINGATAN DARI MB YANG SAH DATO' SERI NIZAR


STATUS MB PERAK SAH DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN ESOK
Asalamualaikum dan salam sejahteraKepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.
Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR.

Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah.

Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!

Friday, February 05, 2010

Program Bersama Seketeriat Wanita P.R Negeri Perak











Assalamualaikum...
Kepada pengunjung setia di blog saya. Selamat bertemu kembali, semoga didalam keadaan sihat walafiat serta peliharaan Allah S.W.T.
Berempena dgn 1 tahun rampasan kuasa P.R di negeri perak saya bersama-sama dgn Seketeriat Wanita terdiri dari Pas Dap dan Pkr, turun ke padang utk mendekati rakyat dgn membuat lawatan ke hospital, rumah org-org tua serta mengadakan ceramah trdiri dari pimpinan PR. dan kami juga turut pergi ke pasar awam & byk lagi acara-acara yg diadakan utk mendekati rakyat di Perak.

Pada hari saya membuat lawatan ke Hospital Ipoh, bersama dgn YB.dari mengelembu (Lim Pek Har) DAP, Ketua Wanita Keadilan Perak Puan Fathamawathy dan Ketua Muslimat Pas Ustz. Bariah, saya dibawa ke wad 8A & 8B, setibanya disitu kami disambut oleh Sister Mrs. Gan & Sister Manjeet.
Pada sebelah petang pula saya pergi melawat rumah org2 tua sejahtera di Jelapang yg terdiri dari wanita & lelaki yg tidak mempunyai keluarga dan tinggal berseorangan. Pengurus penjaga di rumah tersebut adalah En. Pang. Sepanjang lawatan kami disajikan dgn persembahan nyanyian oleh penghuni2 rmh tersebut. Disini kami menyampaikan sumbangan berbentuk wang dan brg2 makanan..

Wednesday, January 20, 2010

KEPUTUSAN SIAPA MB PERAK BELUM TAHU?

Berikut petikan dari Harakahdaily mengenai status MB Perak yg sudah 75 hari tetangguh oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang berbicara kali terakhir pada 5 Nov 2009.

IPOH, Jan 18: Amid intensifying speculation that snap elections will soon be called in Perak, deposed Pakatan Rakyat Mentri Besar Nizar Jamaluddin said that although the Federal Court had still not informed him when judgment will be delivered on his suit against Umno leader Zambry Kadir, he was prepared for any eventuality.

“No news, nothing yet although rumours have certainly been rife these few weeks,” Nizar told Harakahdaily in an interview. “But neither I nor my lawyers have received any notification yet.”

Zambry, who was installed as the Umno-BN chief minister, had recently gone to Saudi Arabia to meet with Prime Minister Najib Razak, who was there on an official visit.

Their overseas encounter raised eyebrows, sparking talk that Zambry - unable to garner support for his administration despite having illegally overthrown Nizar a year ago - was now seeking to dissolve the legislative assembly. This would pave the way for a state-wide election, which has been much clamoured for by Perakians.

Judiciary tarnished

In one of the most controversial cases in Malaysian legal history, Nizar had sued Zambry for illegally usurping his position as the chief minister of Perak in February 2009.

The High Court had on 11 May ruled in his favour, with Justice Abdul Aziz Rahim declaring him the rightful Mentri Besar of Perak as he had not resigned and could only be removed by a vote of no-confidence taken by the legislative assembly. In other words, the Sultan of Perak did not have the constitutional authority to sack the chief minister.

However, on May 22 and at lightning-quick speed, a three-man bench at the Court of Appeal overturned the High Court decision on the grounds that Nizar had ceased to command the majority of the legislative assembly.

Nizar then appealed to the Federal Court, which heard the case on November 5. Only a five-man bench was convened at the apex court although Nizar had requested for the maximum 11-man panel because of the gravity of the suit - which is to determine who is to govern Perak.

After a one-day hearing, the Federal Court reserved judgment and till now, Malaysians – especially Perakians – are awaiting the outcome. Given the judiciary’s record of bowing to political pressure from top Umno leaders, most Malaysians fear the final decision may favour Zambry.

We will never turn our backs on Perakians

Nevertheless, Nizar is unfazed. To him, it does not matter if the final decision goes against him or if Zambry tries to slip a fast one past him by dissolving the assembly to regain the political advantage with voters.

For Nizar, no matter which, it is all in a day's work. Even if he is re-installed the Mentri Besar, both he and Pakatan have promised fresh election to allow Perakians to choose the government they wished.

“I think all of us Malaysians and Perakians know what is blowing in the wind. We know the level of corruption and consequently how great is the need for reform. But we cannot give up,” the 52-year engineer by training said.

“For us in Pakatan, we will continue to run a parallel government to monitor and keep track of the usurper Umno-BN. We will do our best to make sure that the rights and interests of the Perak people are protected. We won’t hesitate to publicize any wrongdoing that we come across and unravel.

“In Perak Pakatan, we are very close-knit and united. We go out and meet the people, engage them, and try to service and help them, as a group. We plan many activities together. And the results have been tremendous. We are very well received everywhere we go and the people always encourage us and tell us not to give up. That alone keeps us going.”

More unscrupulous policies

Nizar also slammed PM Najib over the latest public uproar – this time, the spate of attacks against non-Malay places of worship.

It was Najib who had orchestrated the Umno coup d’etat of the Pakatan state government in Perak. The PM is now in the spotlight once again.

He has been widely blamed for the recent outbreak of religious bigotry – one of the worst in the nation’s history – by fanning religious fanatics with his communal rhetoric aimed at garnering political support from the Malays for his Umno party.

“It is one of the most ridiculous and unscrupulous acts. It has gone out of control and Umno is now trying to cover up. But instead of coming out with a good and sincere solution, the Umno government says East Malaysia can use Allah but West Malaysia cannot. Is it trying to divide the country now?” said Nizar.

Minister in the PM’s Department Nazri Aziz had said in a recent press interview that the government would allow the word Allah to be used by Christians in Sabah and Sarawak but not in the peninsula.

The contradictory and confusing stance has been widely denounced by civil society as well as by Church leaders.


Terima kasih kepada Harakahdaily, Cina Islam dan lan-lain halaman yg telah menyebar rencana tersebut.
Salam Perjuangan. Hidup Rakyat, Bubar DUN Perak!!

Tuesday, January 05, 2010

KENYATAAN PAS PUSAT ISU ALLAH

Harap semua pelayar bolih memahami kenyataan rasmi PAS Pusat berkenaan isu kalimah Allah yang panas ketika ini.

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’
.
Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)