Wednesday, March 24, 2010

BERSAMA SUAMI DI TIMUR TENGAH, UK & IRELAND

Tanggal 9 mac 2010, saya diajak suami menyertainya bersama2 rombongan PAS Perak menjelajah dan bertemu pelajar malaysia yang kini sedang belajar dan menetap di Timur Tengah , UK dan Ireland.
Dlm siri lawatan tersebut suami telah berjumpa ribuan pelajar perubatan dan syariah di Cairo dan Jordan dari kesemua negeri. Manakala di UK dan Ireland, suami telah berjumpa dan mengatur sessi perbincangan di London, Newcastle, Coventry, Warwick, Leeds, Manchester dan Dublin.

Sambutan dari pelajar disana sungguh menakjubkan oleh kerana mereka tersangat mahu mengetahui dengan terperinci mengenai kes rampasan kuasa di Perak. Alhamdulillah suami dan rakan pimpinan PAS Perak telah berkeupayaan menerangkan serta menceritakan gambaran sebenar isu rampasan tersebut serta keputusan di mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi. Setelah berada di perantauan selama 14 hari, akhirnya kami bertolak dari London dan sampai di KLIA pada senja 23 Mac 2010.

3 comments:

fatehsaleh said...

tahniah datin seri. sedih juga tak sempat nak berjumpa...

Jutawan said...

Best jugak ya Datin Seri boleh berjalan-jalan ke seluruh tempat dgn suami sambil melawat pelajar2 tajaan kerajaan di luar negara. Ya lah tajaan kerajaan yang Dato seri dok api-apikan kepada orang-orang cina tu lah. Nasihat kami kapada datin seri, nasihatkan Dato seri agar tak usah lah nak api-apikan orang cina pasal kita orang punya scholarship, nak politikkan benda lain tak kisahlah tapi jangan lah sampai kemarut sangai sampai hal melayu pun nak gadaikan. Jangan lupa walaupun ada keturunan cina dan boleh bertutur dalam bahasa cina, anak datin seri tiu anak melayu walau pun tak asli dan setahu saya Dato seri pun dapat scholarship..

Saya berdoa agar Datin seri dan Dato seri terima hakikat yang MB terlepas adalah takdir tuhan. Sebagai seorang Islam kenalah kita redha dgn apa yang diberi olehNya. Tentulah ada sebabnya, Dia tahu apa yang terbaik utk kita. Berikhtifarlah dan cerminlah diri sendiri utk mengetahui kesalahan kita yang membuat ALlah menjadikan kita sedemikian.. Kuasa di dunia hanyalah sementara. Wasallam.

krulayar said...

'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-K...Dan-Mufti-Mufti