Tanggal 9 mac 2010, saya diajak suami menyertainya bersama2 rombongan PAS Perak menjelajah dan bertemu pelajar malaysia yang kini sedang belajar dan menetap di Timur Tengah , UK dan Ireland.
Dlm siri lawatan tersebut suami telah berjumpa ribuan pelajar perubatan dan syariah di Cairo dan Jordan dari kesemua negeri. Manakala di UK dan Ireland, suami telah berjumpa dan mengatur sessi perbincangan di London, Newcastle, Coventry, Warwick, Leeds, Manchester dan Dublin.
Sambutan dari pelajar disana sungguh menakjubkan oleh kerana mereka tersangat mahu mengetahui dengan terperinci mengenai kes rampasan kuasa di Perak. Alhamdulillah suami dan rakan pimpinan PAS Perak telah berkeupayaan menerangkan serta menceritakan gambaran sebenar isu rampasan tersebut serta keputusan di mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi. Setelah berada di perantauan selama 14 hari, akhirnya kami bertolak dari London dan sampai di KLIA pada senja 23 Mac 2010.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago