Pada 31 Januari yang lalu telah diadakan satu program yang dinamakan Fiesta Feminin yang telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Meru. Program ini dianjurkan oleh Ikatan Mesra Wanita Perak (MESRA). Majlis sepatutnya bermula pada jam 9.00 pagi namun disebabkan keadaan hujan yang lebat ia tertangguh hingga jam 10.00 pagi.
Antara objektif program ini dijalankan ialah: menjadikan Islam sebagai satu cara hidup, membina keperibadian wanita solehah, membina ketrampilan diri mengikut syariat dan menguji ketahanan fizikal remaja Islam.
Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan Bacaan ayat suci Al-Quran seterusnya ucapan Pengarah program Puan Mazliana binti Muhammad diikuti ucapan Pengerusi MESRA Puan Zuhairah binti Haji Mohd Ghazali. Perasmian majlis disempurnakan oleh saya sendiri sekaligus turut melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
Antara program yang telah dijalankan ialah pertandingan bayi sihat, pertunjukkan busana muslimah dan pertandingan kucing comel. Selain itu turut dianjurkan indoors Games, Dam ular & haji Giant, urut refleksologi, gerai-gerai jualan, klinik solat dan cabutan bertuah.

7 comments:
Kami dari Selangor terus beri sokongan yang padu kepada DS berdua
takbir !!!
Salam Datin,
Saya tetap bersama dengan PAS & Keluarga Datin....
Lihatlah Hak BN Perak Yang Dinafikan PR
Berikut adalah sedikit fakta dari PRU12 untuk kerusi-kerusi DUN negeri Perak yang membentuk kerajaan Perak hari ini.
Seramai 848,229 pemilih atau 71% dari 1,196,160 orang pengundi berdaftar telah membuang undi pada hari tersebut. BN yang berkempen dengan satu gabungan sah dan satu manifestasi, telah memperoleh 404,106 atau 47.64% undi manakala parti-parti pembangkang ( Pakatan Rakyat belum wujud semasa hari pilihanraya ) memperoleh 52.36%.
Dari undi-undi kepada calon-calon BN, calon-calon UMNO memperoleh 243,981 undi atau 60.37% dari keseluruhan undi untuk BN dan 28.76% undi dari keseluruhan undi rakyat Perak.
Berbanding TIGA PEMBANGKANG DENGAN IDEOLOGI BERBEZA, calon-calon DAP memperoleh 188,484 undi atau 22.22%, PAS sebanyak 135,034 undi atau 15.92% manakala PKR memperoleh sebanyak 120,605 undi atau 14.22% undi.
Dengan memiliki seramai 560,690 pengundi Melayu berdaftar atau 46.87% dari keseluruhan senarai pemilih, dikirakan seramai 392,500 orang pengundi Melayu telah keluar mengundi. Juga dengan mengambilkira bahawa 70% pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi BN, dikirakan bahawa bilangan pengundi Melayu yang memangkah calon UMNO adalah antara 58% hingga 62%.
Dengan satu ideologi mewakili portion terbesar dari ketiga-tiga gabungan berbeza ideologi, bukankah BN yang berhak memerintah. Gabungan PR tidak diketahui para pengundi pada masa mereka memilih, kerana rakyat ditipu hidup-hidup. Siapa orang DAP yang mahukan PAS dan tiada orang PAS yang berkenan dengan DAP. Tetapi mereka terpaksa hipokrit antara satu sama lain.
Pudar harapan untuk mereka memperoleh undian seperti sebelum ini jika pilihanraya DUN diadakan. Bukankah pemerintahan telah kembali kepada kumpulan yang berhak?
Tambahan lagi Nizar menyebut, "saya dipilih rakyat" hingga lupa bahawa Sultan Azlan yang memilihnya. Undi untuknya di Pasir Panjang tidak sampai 5 angka. Exconya dipilih rakyat? Penipu. Bukan rakyat memilih exco. Ngeh dan Nga yang mencaturi.
Kecacatan Pakatan Rakyat Perak lah yang meruntuhkan penguasaan mereka 10 bulan di negeri itu akibat "PAS dikahwinkan dengan DAP tanpa DAP memeluk Islam".
Ceramah Perdana Penjelasan Isu MB Perak
Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markaz PAS Chenderong Balai, Perak.
Yang memberi ucapan :
Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaludin
Ceramah berhubung dengan kemelut politik di negeri Perak.
Semua harus hadir...
Salam,
Hasbunallahu wa ni`mal wakil...
datin,
saya ucapkan agar dato terus berjuang demi Perak (Kejor Yob Kejor)... walaupon bekerja dari rumah. tu lah satu chara untuk menruskan agenda yang telah diranchang...
salam DS,
saya mewakili semua rakyat malaysia yang menyokong pakatan rakyat memohon agar DS terus menulis blog ni...dont stop please!! jgn kecewa, teruskan DS...kita di jalan yang benar...kuatkan semangat...truskn menulis agenda DS IR MB...kami ingin tau perkembangan lgsg drp DS..kami mahu tau DS kuat mghadapi dugaan Allah...
Takbir!!!
Post a Comment