Saturday, February 21, 2009

Pakatan Rakyat Tetap Kerajaan yang SAH mengikut perlembagaan

Fasal XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak
"Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan itu, kemudian hendaklah ia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan dengan permohonannya Yang Maha Mulia membubarkan Dewan Perhimpunan Undangan itu"

PERKARA XVI (6) INI MEMPERUNTUKKAN :
Menteri Besar HANYA boleh lucut jawatannya melalui 3 cara :
1. Pembubaran DUN
2. Undi tidak percaya dalam sidang DUN
3. Meletak jawatan

Perlantikan Menteri Besar baru adalah tidak sah kerana YAB Dato' Seri Haji Mohammad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Perlembagaan tersebut.

UMNO CEMAR INSTITUSI DIRAJA!
Siapa rosakkan kemuliaan istana?

Jika DUN dibubarkan..tiada kecewa-tiada sanggah-tiada bantah.
UMNO desak istana supaya jangan bubar DUN
UMNO mau jadi kerajaan tanpa pilihanraya
UMNO takut bawa usul undi tidak percaya di sidang DUN
rakyat terkejut- kesal- kecewa

"TERAS Pengupayaan Melayu mengambil pendirian bahawa keputusan untuk tidak membubarkan DUN serta terus membenarkan perampasan kerajaan negeri dengan tidak melalui proses usul undi tidak percaya di sidang DUN adalah 'duluan' (precedent) yang salah dan bakal membawa petaka besar kepada politik negara"
- Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu


14 comments:

perfectwater75 said...

Salam Datin Seri,

Sampaikan salam saya kepada YAB Dato' Seri, moga Allah memberikan kesabaran yang hebat untuk menantikan saat kebenaran hakikinya.

Sudi mampir laman blog saya...

thx!

Prof. Era Pasca said...

salam buat datin seri dan dato seri... insyaallah PERAK dapat balik, kami dibelakang datin dan dato... allah besama2 orang beriman

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/bendera-umno.html

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/lepas-karpal-kini-sivakumar-pula.html

Pencari Kebenaran said...

A'kum....Datin Seri,

Mohon maaf. Sy rasa Datin Seri tlh m'baca Fasal 16(6) tanpa membaca keseluruhan peruntukan berkaitan di dalam Undang2 Tubuh dan juga Perlembagaan Persekutuan.

1) Pembubaran DUN.
Mula2 kita perlu tau sbb YB Nizar memohon spy dibubarkan DUN. Alasannya tiada parti yg memiliki kerusi majoriti dlm keadaan dua-dua seri, PR-28 & BN-28. Kita sedia mklum K'jaan Perak di bwh PR memiliki 31 kerusi. Jadi, Tuanku perlu tau apakah yg tlh t'jadi kpd 3 kerusi didlm PR. PR mengatakan 3 kerusi ini tlh dikosongkan akibat p'letakan jwtn dari srt2 yg tlh dtndtangani tanpa tarikh.(kes yg sama prnh diputuskan sblm ini bhw srt sdemkian adalah tdk sah. Rujuk kes2 terdahulu). Sekiranya Tuanku menerima bulat2 sbb ini tanpa mendengar sndri dr mulut 3 Adun ini, maka Tuanku tlh menidakkan Artikel 10 P'lmbgaan P'sekutuan. Jadi, apa yg Tuanku buat ialah memanggil ketiga2 ADUN t'sebut utk memastikan kedudukan mrk.
Inilah juga yg dilakukan oleh Tuanku ketika menubuhkan Kerajaan Perak pd 8 Mac 2008 di mana tidak ada 1 pun kerusi yg memenangi majoriti, PAS-6, PKR-7, DAP-18 dan BN-28. Tuanku menitahkan bhw setiap Adun dr PAS, PKR dan DAP menandatgn surat akuan sbg bukti bhw mrk bersetuju bergabung utk membentuk satu kerajaan. Tuanku telah menjalankan tanggungjawab yg sama ketika itu. Oleh sbb itu, tiada isu Pembubaran DUN kerana tidak ada situasi seri spt yg didakwa. Dan Tuanku mempunyai kuasa utk enggan membubarkan DUN ats sbb di atas. Datin Seri baca Fasal XVIII (2) (b). "Maka Yang Maha Mulia bolehlah memutuskan mengikut timbangannya sendiri pada menjalankan kuasa-kuasa yang tersebut di bawah (sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa yang pada menyempurnakannya ia boleh memutuskan mengikut timbangan sendiri di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu :- (b) keengganan memberi persetujuan kepada satu permohonan bagi pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan".

2) Undi tidak percaya dlm sidang DUN.
Sy pun tertanya2 juga, mengapa YB Nizar pd 4 februari tidak memohon kpd tuanku utk membuat sidang DUN tergempar krn dia shj yg m'punyai kuasa ketika itu utk memohon 1 hr notis bg m'buat sidang DUN tergempar. Jikalau dia rasa yg dia tdk hilang k'prcayaan, buktikan shj dlm dwn. Tetapi stlh sy meneliti dan mengkaji, PR tau keadaan ini agak berisiko kpd mrk krn jikalaupun 3 Adun yg tlh keluar parti ini tdk dibenarkan masuk ke dlm dwn, PR hilang 1 undi krn Speaker tdk blh mengundi. Kedudukan akn jdi PR-27 dan BN-28. Undi tidak percaya akan b'laku kpd YB Nizar. Dan ini sdh semestinya tdk dilakukan oleh PR.

3) Meletak Jawatan.
Kita perlu kmbli ke dasarnya. Bagaimanakah seseorg MB dilantik?? Fasal XVI (2) (a) memperuntukkan "..Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula sekali melantik sebagai Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu seorang ahli Dewan Perhimpunan Undangan yang pada timbangannya blh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Perhimpunan itu.."
Maksudnya MB dilantik dari kalangan ADUN yg m'dpt majoriti. Yg peliknya YB Nizar sndiri dh mohon pada Sultan utk bubar DUN krn PR dah hilang 3 kerusi, maksudnya dia dh tahu yg dia hilang majoriti. Secara logiknyer, dia dah tak blh jadi MB. Jadi, bgaimana nk buat kalau seseorg MB sdh hilang majoriti dan tidak mahu lpskan jwtn. Sebab itu, Datin Seri perlu baca Fasal 18(2) (a) dengan Akta Tafsiran iaitu 'kuasa melantik termasuklah kuasa memecat'.

Saya hanya mencari kebenaran.

Wallahualam.

Ubaid Madani said...

Salam,
Sebagai orang mukmin,kita balik pd AlQuraan dan Sunnah, semua pengunjung blog ni sila rujuk surah AdDhuha dan fahami betul2 tafsiran dan asbabbul nuzul surah itu...Surah ini diturunkan ketika RSAW bersedih diejek dan dicaci olih puak musyrikin Qurish mekah kerana terputus wahyu ketika itu...tapi Allah menjanjikan perkara yang jauh lebih baik dan banyak kepada RSAW kemudianya,jadi kena banyak sabar dan bertaqwa pd Allah atas kesusahan dan musibah yang menimpa .Cucu2 pahbedah sekalian..kalu suka jgn telalu tinggi memuji muja,kalu benci jangan terlalu menghina..tak baik...sabo weh...sepatah titah baginda Sultan..Innaallaha maassobirin...sesungguhnya allah bersama dgn orang2 yang sabar..Daulat tuanku...

saya said...

Salam...kepada pencari kebenaran...cuba kaitkan dgn kuasa Speaker yg isytiharkan 2or3 kerusi kosong...kaitkan juga dgn kuasa SPR...bidang tugas agak keliru...

cuba ikuti crita prtemuan MB perak dgn sultan dlm blog:
http://misabah.blogspot.com/2009/02/cerita-sebenar-dari-dato-seri-hj-nizar.html

bandingkan juga dgn kuasa sultan yg xleh pecat ayah tajol rosli hingga sultan merajuk (baca-murka) xcukur jnggut...

ttg undi tak percaya, anda xperlu trtanya2 sbb dah ada jwpan pun,ini juga yg dbangkitkan PR pun,xbwt undi xpercaya,terus ada MB baru, lgpun diorang nak cepat dpt MB kudeta...sepatutnya tanya umno sbb pa tak buat usul undi tak percaya..

ttg meletak jwtan...bleh kaitkan dgn crita sblum ni, sultan xda kuasa pecat, lgpun speaker berkuasa isytihar kerusi kosong, tp SPR melangkaui tugasnya...klu pun sultan setuju ada majoriti dseblah bn, patut ada undi xpercaya terlebih dahulu, barulah MB itu sah...inilah krisis perlembagaan..

yg terpenting buat pencari kebenaran...anda mungkin xjumpa mana yg benar jika hanya menggunakan undang2 dunia ini,krna ia byk tafsiran subjektif yg diakui pengamal undang2, tun mahathir n KU LI..

tetapi mereka bukanlah 'siapa-siapa'...anda tentu faham...kembalilah kpd al-Quran dan Hadis...bandingkan bgaimana kronologi rampasan ala Israel ini..

cuba bndingkan bgaimana double standard bila report psl adun dibeli, xsiasat pun..klu umno report...terus siasat...rujuk balik kisah tok guru nik aziz disiasat bila sebut ada orang pnah tawar rasuah 10 tahun dulu...awat dulu xsiasat...inilah undang2 dunia yg pelik...byk lg cth

klu anda xjumpa kebnaran ini...ntahlah...
mg mendapat kebenaran...

Unknown said...

Salam,

Selagi kuasa politik digunakan sebagai alat utk mencari kekayaan dan kesenangan berbanding sebagai amanah Allah utk memimpin, selagi itulah manusia akan berada dlm kelekaan dan kesesatan.

Wassalam

yes said...

Assalamualaikum Datin Seri,

Di harap Datin Seri dan keluarga sejahtera dan aman selalu.
Teruskan bersama rakyat.

Ahli Pas Hulu Kelang sering mengadakan berbuka puasa bersama pada petang khamis ( puasa sunat ) Sekurang kurang nya sebulan sekali.Ia di adakan secara pot luck, kadang kadang di markas PAS
atau di surau surau berdekatan. Mungkin di Ipoh dan kawasan sekitarnya juga patut berbuat demikian. Ini dapat merapatkan hubungan silatul rahim. Juga sekiranya datin seri menerima cadangan ini, tolong hebahkan jadualnya agar kami anak Perak yang balik ka Ipoh sekali sekala dapat bersama.

Salam hormat.

财务自由者 said...

However you came to learn about Global Domains International, get ready for your life to change for the better, forever. You will soon join a global family of thousands of excited individuals, from all walks of life, in more than 180 countries worldwide.
1000s of people worldwide are earning quiet fortunes, from their homes, even while they sleep. Are you next?
Income For Life™ GDI 7 Day Free Trial http://www.freedom.ws/?language=english&sponsor=hotme117

提供一個能簡易擁有個人賺錢工具,創造永續不斷的終生保障收入機會!
讓您免費體驗全球爆發性的全新網路商機,七天免費試用
http://hotme.ws/index_fan.htm

提供一个能简易拥有个人赚钱工具,创造永续不断的终生保障收入机会!
让您免费体验全球爆发性的全新网路商机,七天免费试用
http://www.hotme.ws

簡単なツールを提供することを個人的な利益を作成して持続可能な保護のための生涯所得のチャンス!
を使用すると無料で体験して世界が発生した新しいインターネットビジネスの機会を、 7日間の無料試用版
http://www.freedom.ws/?language=japanese&sponsor=hotme117

간단한 도구를 제공할 수있습니다 개인적인 이익, 지속적인 수익의 기회를 보호하기 위해 지속적으로 삶의 창조!
세계를 경험하실 수있습니다 무료로 인터넷의 새로운 사업 기회가 발생, 7 - 일 무료 체험
http://www.freedom.ws/?language=korean&sponsor=hotme117

Puede proporcionar una herramienta simple para el lucro personal, en constante creación de oportunidades de ingresos para la protección de la vida!
Le permite experimentar el mundo libre del brote de una nueva Internet oportunidades de negocio, los siete días de prueba gratuita
http://www.freedom.ws/?language=spanish&sponsor=hotme117

Kann ein einfaches Werkzeug für den persönlichen Gewinn, ständig die Schaffung nachhaltiger Einkommen Möglichkeiten für den Schutz des Lebens!
Ermöglicht die Erfahrung der Welt, die frei von dem Ausbruch eines neuen Internet-Geschäft Gelegenheiten, Sieben-Tage kostenlose Testversion
http://www.freedom.ws/?language=german&sponsor=hotme117

Peut fournir un outil simple pour un gain personnel, constamment créer des possibilités de revenus durables pour la protection de la vie!
Permet de connaître le monde libre de l'éclatement d'un nouveau site Internet des occasions d'affaires, de sept jours d'essai gratuit
http://www.freedom.ws/?language=french&sponsor=hotme117

Pode fornecer uma ferramenta simples para lucro pessoal, constantemente criando oportunidades de rendimento sustentável a protecção da vida!
Permite a você experimentar o mundo livre da eclosão de uma nova internet oportunidades de negócios, sete dias de teste gratuito
http://www.freedom.ws/?language=portuguese&sponsor=hotme117

LAWAN MANA YANG TAK BETUL said...

www.anakperakanakmerdeka.blogspot.com

saya said...
Salam...kepada pencari kebenaran...cuba kaitkan dgn kuasa Speaker yg isytiharkan 2or3 kerusi kosong...kaitkan juga dgn kuasa SPR...bidang tugas agak keliru...

ada jawapannya. Kenapa masih nak mempertahankan org yg dahulunya mencela Institusi Raja kita. Masih hidup org itu, masih kaya dan masih berkuasa.
Sekarang ini org itu sedang lemas. Bila org nak lemas selalunya apa yg ada disisinya habis disambar, walaupun kepala si penyelamat (911).
UMNO yg lemas sekarang ini cuba menggunakan (lebih tepat) memperkudakan Institusi Raja. Dulu merekalah yang melondehkan Institusi Raja.Mengatakan mereka BETUL memansuhkan Imuniti Raja-Raja Melayu. Sekarang ini nak jadi hero Melayu..Boleh percayakah?

Pakej Ransangan Ekonomi..pun untuk menghidupkan projek-projek kroni..tetapi berselindung disebalik menyediakan peluang pekerjaan, membantu RAKYAT. Dulu (sebelum PRaya)tak pernah keluar pun perkataan UNTUK RAKYAT perasan dak...Tak ikhlas sebenarnya..

Sebab tu sekarang ni Raja boleh disaman.

Anak Kuala said...

Budak tadika pun boleh buat. Tak bagi 10 orang masuk dun kemudian nak buat undi percaya kat suami. Elok lah jaga rumah je. lagipun suami pun kan jutawan, kereta ada 8 biji. Siapa nak jaga kalau bukan puan yang nak jaga.

enta omri said...

anak kuala, hang dengki nengok orang Melayu senang apahal?? orang dapat harta sebab kerja usaha tulang empat kerat, sebab tu ada 8 kereta.
umno apa ada? kalau tak masuk p olitik jangan harap dapat kereta 8 bijik. songlap bolehlah dapat kereta, itu yang ada mercedes, ada range rover, ada driver. dulu sebelum jadi pemimpin umno haprak! dah jadi pemimpin duduk 2 penggal terus multi millionaire!! lepas tu kata orang rasuah pulak! kalau tak boleh kata orang rasuah, mengutuk orang pulak suruh duduk rumah jaga anak.
hey belahlah... pegi bodek pemimpin umno engkau tu. tu rafidah tu boleh tolong kasi bisness kat engkau jadi cepat kaya.. pegi lah! menyibok kat sini.

SiamangBukit said...

Tajol Rosli tidak dpt dilucutkan kerana majoriti masih mahu Tajol Rosli sbgai MB. MAsih itu BN majotiti. Penyokong PR byk keliru pasal mana undang2 dan mana isu moral.

SiamangBukit said...

Dan Sivakumar sebgai speaker tidak patut menjadi berat sebelah secara terang2. Kita semua tahu kesemua ADUN PR telah tandatangan surat letak jawatan tidak bertarikh. Maka kenapa mereka2 inipun tidak diiktirafkan sebagai telah letak jawatan. Tak konsiten kan. Jadi kerana Islam itu konsisten maka Nizar pun sebenarnya tk menjalankan Islam yg sebenar. Tengok aje isu pokok. Sekarang dengan adanye peminta nombor 4D maka Nizar telah juga menyumbang mensyirikkan ALlah dgn tidak secara langsung. Minta Nizar bertaubat. Kuasa tak penting tapi sekiranya kita rakus maka banyak benda yang tidak betul akan dgn secara tidak langsung akan berlaku.
Kalau rezeki Nizar, PRU akan dtg akan memihak kpd nya kalau ada rezeki.

dariana said...

siamang...anda kurang sihat? baik telan panadol kemudian rehat, cool dan biar waras elok2 kemudian sama2 kita berikhlas dengan gerakerja kita yg selalu diperhati Allah.