Sudah hampir sebulan lebih saya tidak berkesempatan untuk meluangkan mase menulis disini memandangkan memakan masa untuk masuk talian telefon dan internet, juga kekangan-kekangan saya dalam mengemas rumah. Mungkin ramai yang ternanti-nanti perkembangan terkini.
Alhamdulillah selepas kami sekeluarga keluar dari kediaman rasmi bulan lepas hingga sekarang saya amat sibuk dengan keadaan rumah baru. Setakat ini hampir 60 peratus siap dikemas. Tak dapat nak menumpukan sepenuh masa dengan mengemas memandangkan banyak program-program yang diatur saya perlu bersama suami terutama menghadiri jemputan kenduri di hujung minggu. Banyak juga berita program-program yang saya hadiri tidak sempat untuk saya cerita dan coretkan di sini.
Semalam telah diumumkan suami akan dicalonkan untuk bertanding di Bukit Gantang. Terkejut dengn berita, saya redha dan terima segala keputusan memandangkan mungkin ini satu ujian dan amanah dari Allah untuk suami dan kami sekeluarga.
Saya terpaksa membahagikan masa dengan sebaiknya untuk sama-sama turun berkempen bersama suami. Keadaan rumah yang masih berselerak terpaksa saya tinggalkan sementara sehingga tamat tempoh waktu berkempen. Anak sulung saya pula sedang sarat menunggu hari.
InsyaAllah saya akan terus menulis perkembangn terkini dan mengharapkan sokongan dan doa dari semua supaya saya dan suami sekeluarga tabah dan kuat dalam mengharungi mehnah perjuangan. Terutama kalam-kalam fitnah dan maki hamun tanpa asas dari musuh-musuh perjuangan Islam.
17 comments:
alhamdulillah dapat juga DS update blog ni
moga Allah bantu kita di BG!
Assalamualaikum..
Sebagai insan biasa, saya kagum dgn keluarga puan..Teguhkan diri dan jangan goyah dgn anasir2 luar..
Moga2 ada kemanisan iman diakhirnya, Insyaallah. Amin...
Assalamualaikum..Datin Seri,
DS mungkin tidak pernah mengenali saya...
Tetapi kebesaran Allah telah mengenalkan saya pada DS...
Saya kagum pada kebesaran Allah yang menganugerahkan sifat yang ada pada DS...
Sesungguhnya sifat mulia tersebut adalah milik Allah jua...
Teruskan perjuangan disisi suami (DS Nizar) tercinta...
Jangan putus asa ...
Ingatlah keperibadian srikandi Islam tersohor seperti; Siti Khatijah, Aisah, Siti Fatimah dan sebagainya...
Sesungguhnya hidup akan lebih manis dengan perjuangan...
Perjuangan akan lebih manis dengan pengorbanan...
dan Kemanisan iman adalah terkorban syahid dijalan Allah...
dan yang paling manis apabila mengadap Allah sesudah dibangkit semula setelah korban syahid dijalanNYA...
-Hamba Allah yang kagum akan kebesaranNYA dalam menciptakan insan-insan bertaqwa-
salam Datin seri,
InsyaAllah lepas ni mungkin DS Nizar dan datin Seri lagi bertambah sibuk lepas pilhanraya ni nanti, InsyaAllah Allah bersama orang yang sabar.
Assalammualaikum,
Kami akan doakan dari sini. Semoga lebih kuat dan tabah di dalam perjuangan. Salam buat Abang Tan..
SALAMsalam DS teruskan berjuang tiada yang dapat saya katakan melainkan mengagumi semangat dan kesabaran allah yang dinerikan kepada DS dan DS Nizar..jangan sekali putus asa kerana allah itu ada dan kami yakin kemenagan buat DS Nizar akan sampai..teruskan berjuang ummi!!!!wassalam..
Rindu kami pada tulisan Datin Seri.Kami sememangnya menanti nanti kan tulisan terbaru perkembangan keluarga Datin Seri
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama sama orang yang sabar.Populariti YAB DS Ahmad Nizar semakin meningkat.Mungkin itu sebabnya beliau merupakan calon yang paling layak..
Assalamualaikum & apa khabar DS? Semoga dalam kesibukan berkempen dan urusan rumahtangga, DS dilimpahi rahmat & kasih sayang Allah SWT.
Semoga segalanya akan berjalan dengan baik dengan izin Allah.
Salam..
Doa dari kejauhan.semoga ada cahaya di hujung perjalanan
Slm DS!!!
Hari demi harimenanti khabar DS!
Semoga ALlah berkati usaha DS dan suami!
DS Nizar 4 Bukit Gantang
Saya doakan Datin dan suami sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Allah SWT.
Kami sentiasa menyokong Datin sekeluarga.
Yang Hak Itu Tetap Hak, Yang Batil itu Tetap Batil.
Salam hormat wahai Datin Seri.
Semoga Datin Seri dan keluarga bersabar dengan ujian ini. Doa dari kami sentiasa mengiringi perjuangan demi menegakkan AGAMA Allah.
Assalamualaikum Datin Seri..
doa kami mengiringi perjuangan Datin Seri dan keluarga...
Allahu akbar!
Taniah!
Dato' Seri mesti dan pasti menang pilihanraya kecil ni.
salam datin,
Alhamdulillah, semoga DSNizar mendapat kejayaan & juga selamat mendapat cucu... rezeki berganda ni... Tahniah!
1. "demi masa sungguh manusia dalam kerugian melainkan mereka beriman dan beramal soleh dan saling berpesan dgn kebenaran dan saling berpesan dgn kesabaran"
2. tiada yg lebih mahal dari keikhlasan...lillahi ta'ala.
sokongan kami buat yg benar, sabar dan ikhlas!!! Allahu Akbar!
salam DS..
sedikit sumbangan gambar sekitar penamaan calon P059 dari kami yang jauh.
teruskan perjuangan DS.. ratusan ribu umat di belakangmu..
http://atzmand.blogspot.com
Post a Comment