Selepas diumumkan oleh pimpinan PAS Pusat suami akan bertanding di Bukit Gantang saya berkesempatan beberapa hari turut serta bersama suami bertemu dengan pengundi-pengundi di beberapa kawasan di Bukit Gantang. Alhamdulillah dari pandangan saya mood pengundi-pengundi lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat. Ini terbukti dengan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat yang berganda lagi banyak dari penyokong Barisan Nasional. Sokongan moral yang cukup hebat dan ajaib ini tidak boleh dinafikan oleh pihak lawan walaupun pelbagai usaha dilakukan supaya bilangan penyokong dihadkan.
Alhamdulillah proses penamaan calon berjalan lancar. Setelah diumumkan, suami akan bertanding menentang Ismail Safian dari Barisan Nasional dan seorang lagi calon bebas Kamarul Ramizu. Saya yang turut berada di pusat penamaan calon mengambil masa lebih kurang 3 jam sebelum keputusan diumumkan.
Saya dan suami dibawa keluar dari Pusat Penamaan Calon sekitar jam 12.00 dengan kawalan ketat dari Petugas Keselamatan memandangkan keadaan terlalu sesak dengan penyokong Pakatan Rakyat berasak untuk bersalam dengan suami.
Sebelah petangnya, saya dan anak-anak berangkat pulang ke Ipoh kerana esoknya hari persekolahan. Keadaan dilebuhraya terlalu sesak menyebabkan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa sejam tetapi memakan masa hampir 3 jam untuk tiba di rumah.
InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan turut bersama suami berkempen di Bukit Gantang dan saya berharap rakyat bijak membuat penilaian dan memilih calon yang dapat membela nasib rakyat Perak khususnya di Bukit Gantang. Saya menyeru kepada semua pengundi-pengundi yang berdaftar di P059 Bukit Gantang yang berada di luar kawasan tersebut agar dapat pulang untuk menunaikan tanggungjawab.

4 comments:
tahniah kpd dato sri kerana dicalonkan untuk brtanduing...insyallah kami unit2 amal akan mendoakan kejayaan dato dri nizar...allahuakbar
TAKBIR!
salam,
nak minta pendapat anda...
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh? mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
abis pungutan duit poket die?
fakta telah beritahu..
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html
trus trang saya katakan...yg ckp x pkiaq...nak kata kurang pandai sijil berjela2..tp ckp cm bdk skolah..ckp men hentam..x logik akal...kalu tan sri terbaca...ni kenyataan trus trang saya...fikirkan dahulu sblm berkata...
Baginda Reformasi,
Tak baik cakap org bodoh.
Memang betul cakap Muhyiddin Yassin, 3 pilihanraya tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk pungutan suara.
Kalu pilihanraya tu dibuat kat kubu kuat BN spt di Johor, camna? Adakah itu boleh dijadikan kayu pengukur yang Anwar Ibrahim tak diterima rakyat?
Oleh itu, anda kena fikir dahulu sebelum berkata2 ya wahai Baginda Reformasi.
Note : Reformasi apa yg anda nak bawa wahai saudara oiii
Post a Comment