Sunday, April 26, 2009

Gambar Cucu

Ramai yang menelefon dan berSMS mengucap tahniah di atas kehadiran cucu sulung kami. Dan di atas permintaan mereka yang ingin melihat wajah si comel saya paparkan beberapa keping gambar cucu di sini.

Perkembangan terkini keluarga, saya kembali sibuk sebagai surirumah di samping mengikuti suami ke beberapa program terutamanya kenduri kendara dan jamuan kesyukuran di Bukit Gantang. Suami pula saban hari sibuk dari awal pagi hingga lewat malam memandangkan amanah kini semakin bertambah.

Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas undangan-undangan yang tidak dapat saya penuhi daripada kawasan-kawasan yang saban hari menelefon supaya saya turut serta bersama. InsyaAllah jika berkesempatan kita bertemu di lain-lain program.

Menyambut kehadiran cucu di hari pertama (31 Mac 2009)

Nuur Insyiraah berusia 2 hari

Hari ke-13 setelah rambutnya dicukur pada hari ke-7

10 comments:

Budak Parlimen BAGAN DAT0H said...

c0mey l0te r cucu datin seri,
truskn perjuangn datin,
ALLAHHUAKBAR.

sya said...

salam..memang comel macam kak fathah..semoga nuur akan menjadi seorang yang membawa seribu erti dalam keluarga datin seri..amin

z3ry said...

alhamdulillah ..shukur...comelnyer cucu Datin dan Dato' Seri..tahniah...smeoga diberkati Allah..

Mohd Shahnom Ismail said...

Kelahiran Sri Kandi pejuang tegar Islam
Semoga hadirnya menyemarakkan lagi Islam di dunia
Ameen

Baginda Reformasi said...

salam... tahniah lagi dengan cucu baru... nur isyraah bermakne ape puan? allahuakhbar...
di minta jemput membincangkan konsep 1MALAYSIA gagasan Najib... link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/konsep-1malaysia-gagasan-boneka-mader.html

daLyaanoon said...

jgn lupa ceritakan ketabahan atok dan opahnya!

JANTAN said...

ELok la tu mak datin dah ader cucu. Jagala cucu tu baik2. Nasihatkan atuk tuh udahla tu jadi ajen Cina Komunis.

Bawak2 sedar diri. Tahniah dapat cucu

pahbedah said...

sebiji muka opahnye masa kecik2 dulu.hi..hi..jgn marah opah muda,nanti cepat tua...

zaffankhalid said...

salam wbt datin

nama cucu datin ada double u pada nUUr...serupa nama saya. tersenyum sahaja melihatkan ada yang serupa.

apa pun, doa moga datin terus bersemangat dan istiqamah memegang Islam disamping suami.

datin memberikan inspirasi buat kaum hawa dalam medan perjuangan. insyaallah

Muhd Syafiq Mat Jap said...

Lahir seorang lagi pejuang...insyaAllah ikut jejak tok & tok wan...hehe