Saya bertolak dari Ipoh bersama suami dan pengiring tepat jam 12.05 tengahari menuju ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kalau tidak silap sudah 7 kali sebelum ini suami berulang alik dari Ipoh ke K.L berjuang untuk kes di mahkamah dan hanya pada hari ini saya dapat bersama beliau ketika keputusan diumumkan.
Saya bersyukur kehadrat Ilahi di atas kemenangan yang diberi. Saya sentiasa menyokong perjuangan dan prinsip yang di bawa oleh suami dan saya tidak pernah nampak apa salahnya dalam perjuangan yang dia bawa untuk perjuangan Islam. Kemenangan di Mahkamah Tinggi petang tadi adalah kemenangan rakyat Perak khasnya dan Malaysia amnya.
Dalam kesempatan masa berada di Kuala Lumpur suami turut dijemput menyampaikan Talk Show berkenaan Islam di akhir zaman di Masjid Al-Azim. Orang ramai hadir untuk mendengar kupasan topik tersebut. Suami bergandingan dengan Ustaz Riduan Md Nor.
Pulang ke Ipoh kami diiringi oleh beberapa kereta dari Kuala Lumpur untuk tujuan keselamatan dan kami tiba di Ipoh pada jam 10.00 malam. Suami ada perjumpaan dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan Mesyuarat Tergempar Exco.
6 comments:
Salam Datin,
Saya nak tanya Datin seikhlas ikhlasnya. Tidakkah Datin dan Datuk sedar yang sebenarnya DAP mempergunakan PAS ? Janganlah sampai agama dan bangsa hendak digadaikan demi kepentingan diri sendiri ?
(Salam) Datin Seri,
Apa jua keputusan mahkamah esok, kebenaran tetap kebenaran dan pasti berpihak pada yang hak dan benar...
Saya ni anak jati Ipoh, tak sangka begini sudahnya politik di Perak. Apa-apa pun ALL THE BEST TO DATO' SERI.
saya ni baru nak mula berniaga kecil-kecilan (IKS) jika ada peluang dan ruang saya untuk saya melebarkan perniagaan saya menerusi kepimpinan Datin Seri sebagai Wanita no. 1 di Perak, saya amatlah berbesar hati.
Diharap saya dapat berhubung terus dengan pihak Datin Seri ya.
saya, Azarina Binti Abd. Shukor
Ibu kpd 4 orang anak yang meningkat dewasa..:-)
No. kontek saya : 016-5626548
alamat email : azmaz_as@yahoo.com
Wassalam
Salam Datin
Saya terpegun melihat sokongan padu yang Datin tunjukkan kepada Ir. Nizar. Sokongan secara lahiriah . Saya juga terkejut melihat kehadiran datin semalam di mahkamah rayuan. Setelah datin dilihat di mahkamah tinggi, dimana kemenangan memihak kepada Ir Nizar, Datin setia berada disisi.
Pada hemat saya, kehadiran Datin bersama Ir Nizar perlu dihadkan, pilih lah majlis-majlis yang sesuai sahaja . Majlis yang terlampau ramai kumpulan perlu dihindari. Peranan Datin dirumah seperti berzikir, membaca alQuran, solah sunat dll adalah umpama nadi/generator bagi Ir Nizar.
Sokongan bathin lebih afdal.
Sekian Wasalam
TokMudim
Salam, Saya Mej(B)Safari.Umur saya dengan suami awak dilahirkan di tahun sama. Suami awak bersekolah di sekolah Men. Teknik Ipoh.Saya bersekolah di Maktab Tentera DiRaja SG. Besi. Saya di tauliah dan meminpin anggota tentera dan beroperasi di hutan belantara di Perak.Ada di antara rakan pegawai dan anggota tentera yang gugur dan tercedera samasa bertempur dengan anggota kominis yang semuanya berbangsa cina.Dalam hal ini saya hendak bertanya kenapa suami awak mengikut telunjuk cina DAP,.......
assalamualaikum datin seri..
knp slps dapat kptsn mhkmh (yg terbaru) sudah tidak update blog? sibuk dengan kempen mogok laparkah?
semoga terus tabah hadapi dugaan..
insya-allah..
Orang melayu kena ambil contoh di negeri Perak.
Semasa Pakatan Rakyat perintah, walaupun MB nya Melayu, tetapi Exco nya ada 6 DAP, 3 PKR dan 1 PAS.
Semua jawatan penting cina pegang.
Sekarang di bawah BN perintah, kita cuma lantik 7 EXCO termasuk MB.
7 UMNO(1 wanita), 1 MCA. 1 india dilantik sebagai speaker (walaupun india tiada calun ADUN nya)
Semasa pentadbiran PR tiada EXCO wanita dilantiknya.
Kepada orang melayu yang sedar, kita rakyat Perak sudah terselamat dari bale DAP.
Ini adalah peringatan kepada melayu di negeri2 lain.
Post a Comment