Monday, January 19, 2009

Pembangunan Wanita Negeri Perak


Pada 10 dan 11 Januari yang lalu satu perjumpaan dan perbincangan bersama pihak 3AMz Consultant telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar. Pertemuan ini telah lama dirancang dan ia diatur oleh pihak Dewan Muslimat PAS Negeri yang turut memperkenalkan 3AMz Consultant kepada saya dalam usaha mengatur dan mengkaji Pembangunan Wanita di Negeri Perak.

Pada 10 Januari perjumpaan dan penerangan ringkas telah diadakan di kediaman pada sebelah petang dan keesokan harinya 11 Januari satu usrah telah diadakan di Surau baru kediaman.

Antara tujuan kajian pembangunan ini diadakan ialah untuk mengenalpasti tahap sosioekonomi kehidupan wanita Perak, mengenalpasti jangkaan wanita Perak terhadap pentadbiran baru kerajaan, mengenalpasti kemudahan instrastruktur yang terdapat dan dimanfaatkan, mengenalpasti status kebahagiaan hidup wanita Perak dan mengenalpasti status golongan kurang upaya, ibu tunggal dan anak-anak bermasalah yang terdapat di negeri Perak.

Perancangan ini masih diperingkat permulaan dan kajian terhadap target sedang dilakukan disamping beberapa pelan tindakan sudah diatur dari pelbagai aspek. Pelbagai program jangka pendek dan jangka panjang berada di dalam perancangan untuk pelaksanaanya. Antaranya: motivasi kewanitaan, tingkat ekonomi sejahtera keluarga, skil keibubapaan dan kesihatan anak-anak dan sambutan hari-hari tertentu seperti hari ibu, hari jururawat.

2 comments:

Unknown said...

Datin,
agaknya camaner org biasa mcm saya ni, surirumah ajer, untuk turut serta@mbantu dengan program/kajian tersebut.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam.
kak yong,

Program akan dijalankan dan keterlibatan dalam menjayakan program-program tersebut amat diharapkan dari semua pihak.