Wednesday, January 28, 2009

Program Sua Kasih & Minum Petang di Manong

Satu program yang dinamakan Sua Kasih & Minum Petang Bersama Datin Seri Fatimah telah diadakan di Kampung Ketior, Kuala Kangsar anjuran Seketeriat DUN Manong. Saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut di atas sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan. Saya telah mewakilkan Puan Arbaiiah isteri kepada Exco Pendidikan Y.B Zainuddin untuk menghadiri majlis tersebut. Turut serta Puan Faridah, isteri ADUN Changkat Jong dan Puan Nor Azian isteri bekas calon Parlimen Kuala Kangsar ketika PRU12 iaitu Dr.Khairuddin.

Pembantu Peribadi saya, Puan Hamisah turut bersama dan sempat merakamkan gambar sepanjang program berlangsung.

Antara program yang telah diadakan ialah ziarah ke rumah warga emas yang uzur dan orang kurang upaya. Program Ma'al Hijrah diadakan di perkarangan rumah Ketua Kampung Ketior dan penceramahnya ialah Ustazah Norhasyimah Abdullah.

Sebelum itu Slot gimik kacau Bubur Anak Lebah turut diadakan dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan ucapan-ucapan.

Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim turut disempurnakan oleh Puan Arbaiiah. Pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam UPSR dan PMR turut menerima hadiah. Manakala sumbangan khas sempena Tahun Baru Cina disampaikan oleh Puan Nor Azian.

Update 3/2/2009
Gambar-gambar program

5 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Assalamualaikum,

Terima kasih atas kunjungan.

Al-Fursan said...

assalamualaikum,harap boleh diperbetulkan nama isteri kpd Dr.khairuddin.bkn pn zaleha..
yg benarnya,Pn.Nor Azian bt. musa..tq

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

waalaikumsalam muhd fadzil,
terima kasih atas teguran..insyaallah akan dperbetulkan.

antifoulplay said...

Assalamualaikum.
Takdir Illahilah kalau benar-benar ketidakhadiran Datin Seri itu tidak dapat dielakkan.
Program yang baik tapi ada hadirin yang merajuk kerana tidak diberi peluang bermesra dan bergambar dengan isteri-isteri YB yang berkunjung tersebut. Ini gara-gara mereka dimonopoli oleh pengiring dari DMP Kuala Kangsar.
Sayang kerana DMP nampaknya tidak faham bahawa program ini diadakan supaya rakyat dapat bermesra dengan pimpinan. Itu objektifnya.
Kami doakan agar tiada lagi masalah dan keuzuran yang akan menghalang Datin Seri serta pimpinan lain dari menjalankan tanggungjawab dan amanah yang akan dihakimi Allah swt di masa-masa akan datang.
Wassalam.