Wednesday, January 28, 2009

Sambutan Tahun Baru Cina

Suami bersama pimpinan DAP di Majlis Rumah Terbuka DAP Perak sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di Perkarangan Pejabat DAP, Ipoh Raya

Sambutan Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak telah berlangsung di Perkarangan Pejabat DAP di Ipoh Raya, semalam.

Saya dan suami turut meluangkan masa menghadiri majlis tersebut bagi meraikan masyarakat cina yang menyambut Tahun Lembu pada tahun ini. Majlis berjalan dengan meriah dengan kehadiran ramai tetamu dan persembahan tarian naga turut diadakan. Antara pimpinan DAP yang hadir ialah Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan kepimpinan Parti DAP negeri Perak termasuk Pengerusinya Y.B Ngeh Koo Ham.

Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan saya turut membawa 2 anak bongsu saya yang teruja untuk melihat Persembahan Tarian Naga. Kebanyakkan tetamu tidak membawa anak-anak mereka kerana mereka lebih gembira bersama sanak saudara yang berkumpul di rumah masing-masing.

Suami turut menyampaikan ucapan di dalam majlis tersebut dan menerangkan ada persamaan antara Raya Cina dan Islam iaitu pada sambutan yang mengikut kepada Kalendar Bulan.

Selesai majlis di Ipoh Raya, suami terus ke Masjid Negeri untuk Solat Gerhana Matahari yang telah dijadualkan sebelum solat Asar.

Jam 9.00 malam saya, suami dan anak-anak pulang ke Kampung Air Itam Labu.

2 comments:

orangkuala said...

kami di dun manong doakan datin seri sehat.alhamdullilah prog minum ptg d kg ktio ptg tadi berjalan baik dgn kehadiran yg di luar jangkaan, kaum cina dan india turut hadir bersama meraikan penduduk kg,satu keajaiban yg tak pernah berlaku sebelum ini.harapan mereka supaya datin seri dapat hadir dlm masa yg terdekat ini. terima kasih atas sumbangan.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Assalamualaikum Ali,

Terima kasih. Terharu atas sambutan yang diberikan masyarakat setempat di program tersebut. Walaupun tidak dapat turut serta atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Insyaallah ada jemputan kelak dan saya kelapangan, saya akan cuba untuk hadir bersama.