Friday, July 18, 2008

Sambutan Hari Ibu anjuran PRIM

Pada 17 Mei 2008 yang lalu, saya telah menghadiri jemputan sambutan Hari Ibu anjuran Persatuan India Muslim Perak (PRIM) yang telah diadakan di Y.M.C.A, Ipoh.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari wakil Masjid India Muslim Ar-Rahman, Pusing. Seterusnya majlis disempurnakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Maulavi Al-Hafiz Jiaul Haq juga dari Masjid India Muslim Ar-Rahman.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Ketua Wanita PRIM iaitu Puan Nabisah kemudian ucapan dari Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak Cik Chong Phaik Kee dan majlis perasmian telah disempurnakan sendiri oleh saya.

Antara perkara-perkara yang telah saya tekankan di dalam ucapan pada malam tersebut ialah:

1. Erti pengorbanan seorang ibu yang tidak pernah diminta balasan sebaliknya kasih sayang dan nilai-nilai keimanan cukup baginya memenuhi keberkatan cinta ibu dan anak.

2. Seorang ibu wajib peka terhadap pendidikan akhlak dan moral anak-anaknya bermula dari rumah.

3. Konsep berhikmah dalam menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak supaya setiap teguran dapat diterima dengan baik umpama 'menarik rambut di dalam tepung'.

4. Memberi pandangan terhadap keruntuhan akhlak generasi muda Islam hari ini yang hanyut dalam pemikiran dan kehidupan bebas seolah-olah tiada kecintaan kepada cara hidup Islam.

5. Menyatakan bahawa sumber pembinaan akhlak untuk membentuk personaliti ummah yang rabbani sudah sedia terhidang di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi warisan dan khazanah suluhan hidup umat Islam yang sepatutnya menjadi contoh taudalan umat manusia.

Program ini mendapat sambutan yang amat baik dengan kehadiran hampir 400 orang seterusnya program ini telah disiarkan liputannya di dalam siri Qudwah RTM 2 jam 5.30 petang selama 30 minit.

Ketika tiba di dewan program dan disambut oleh Cik Chong Phaik Kee Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak dan diiringi Puan Nabisah binti Mydin Ketua Wanita PRIM

Menerima jambangan bunga sewaktu tiba

Memberi ucapan dan merasmikan program

Hadirin sedang menjamu selera

Sesi penyampaian cenderahati

Pemenang Anugerah Ibu Tunggal Mithali

Sesi memotong kek bersama pemenang ibu mithali

Cabutan bertuah untuk para hadirin

Bergambar bersama ibu-ibu tunggal

Bergambar bersama tetamu VIP

Bergambar bersama pimpinan PRIM

Thursday, July 17, 2008

Genap 4 bulan

Pada hari ini genaplah 4 bulan kerajaan Pakatan Rakyat menerima amanah memerintah negeri Perak Darul Ridzuan yang di sayangi. Selama 4 bulan ini jugalah saya sekeluarga menghadapi pelbagai jenis ujian dan dugaan dari pelbagai aspek.

Mungkin ramai yang merasakan menjadi isteri Menteri Besar adalah satu kebanggaan sedangkan pada hakikatnya ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang sangat berat untuk dipikul dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tanggungjawab sebagai hamba Allah pun tidak sempurna dilakukan apatah lagi ditambah dengan amanah yang baru.

Mutakhir ini, terdapat desas desus mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan terkubur pada bila-bila masa sahaja. Kemenangan Pakatan Rakyat adalah satu Qada' dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah melalui sistem pilihanraya di mana rakyat membuat keputusan untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka. Sekiranya Allah tidak mengizinkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah maka bila-bila masa sahaja kerajaan ini akan tumbang.

Pada hari ini, ramai dikalangan muslim di Perak berpuasa dan melakukan Iftar Jama'ie seterusnya solat hajat beramai-ramai di Stadium Ipoh dan mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Program ini dijalankan dengan harapan semua rakyat tidak ghairah dengan ujian kemenangan yang telah diberikan disamping memberi kekuatan fizikal dan rohani kepada semua pimpinan agar bijak, adil dan amanah dalam menjaga negeri Perak. Semoga dengan program ini akan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita dan juga pimpinan.

Gambar-gambar kenangan ketika Majlis Mengangkat Sumpah Menteri Besar Perak yang ke-10

Tuesday, July 15, 2008

Muzakarah Cendiakawan Islam 2008

Pada 19-21 Mei 2008 yang lalu satu Muzakarah telah diadakan di Ipoh Perak. Muzakarah tersebut dinamakan Muzakarah Cendiakawan Islam 2008 bersempena Sambutan Hari Keputeraan ke-80 D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak.

Majlis 3 hari tersebut telah dijalankan upacara perasmiannya oleh Sultan Perak sendiri bertempat di Dewan Banquet SUK manakala bengkel dan resolusi telah diadakan di Impiana Casuarina Hotel Ipoh.

Program yang bertemakan "Pembentukan Modal Insan Terbilang Ke Arah Negeri Perak Maju" telah dihadiri oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Perak, Mufti-mufti seluruh Malaysia, Pengarah-pengarah Jabatan Agama seluruh Malaysia, Ahli-ahli Majlis Agama seluruh Malaysia, Ketua-ketua Jabatan Peringkat Negeri dan Persekutuan, Ahli-ahli Akademik dan individu-individu berkenaan dan NGO's.

4 objektif utama program tersebut adalah seperti berikut :

1. Menawarkan ruang muzakarah kepada cendiakawan Islam bagi memberikan pandangan dan idea dalam proses pembangunan modal insan.

2. Membentuk satu modul pembinaan modal insan dalam pengertian dan acuan agama, bangsa dan negara sesuai dengan sistem Ilahiyah

3. Medan bagi perbincangan dari umat bagi membentuk kesedaran tanggungjawab diri dari semua profession dan peringkat masyarakat dalam proses pembinaan Modal Insan.

4. Membentuk kesedaran semua pihak bahawa insan adalah aset teristimewa dan berharga yang perlu dihargai dan dijagai dalam memacu kemajuan di dunia dan akhirat

3 Kertas Kerja telah dibentang di dalam Muzakarah tersebut :

"Negara Maju: Model al-Madinah al-Fadhilah"
oleh Y.Bhg Dato' Dr. Sidek bin Hj Fadzil
Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

"Modal Insan: Strategi dan Harapan ke arah Negara Maju"
oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abd Hamid
Presiden Teras Keupayaan Melayu (TERAS)

"Islam: Penjana Insan Peneraju, Ke arah negara Maju"
oleh Y.Bhg Prof Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi bin Haji Abdul Majid
Pensyarah Jabatan Feqh dan Usul, UIAM

manakala pembentangan Pra-Muzakarah bertajuk "Modal Insan: Realiti Umat Masa kini" telah disampaikan oleh Tuan Haji Azmi bin Abdul Hamid

Gambar-gambar sewaktu Majlis Perasmian program pada 20 Mei 2008

Mengiringi D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun ke dewan majlis

MB Perak berucap sebelum perasmian disempurnakan oleh D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak

Jamuan ringan selepas Majlis Perasmian

Sunday, July 13, 2008

Diari Sabtu

Semalam saya telah menemani suami ke Majlis Hari Penghargaan 2008 dan Perasmian Dewan Sultan Yussuf di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf Batu Gajah, Perak yang telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

Selepas itu saya dan suami terus ke Teluk Intan menghadiri kenduri kesyukuran perkahwinan pembantu peribadi saya iaitu Puan Hamisah bt Abas. Seterusnya saya terus pulang ke kediaman di Ipoh pada petangnya. Sempat berehat seketika sebelum bersiap mengiringi suami ke Dewan Banquet SUK Perak untuk menghadiri Majlis Santapan Beradab Polis Di Raja Malaysia sempena Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak ke-80.

Majlis berakhir lewat malam.

Saturday, July 12, 2008

Hari semalam . . .

Berita yang menyedihkan...
Semalam selepas puteri bongsuku berangkat ke sekolah saya terus bersiap ke Hospital Permaisuri Bainun di Ipoh untuk menziarahi bonda tercinta yang telah dikejarkan dari Hospital Tapah ke Hospital Ipoh malam sebelumnya. Terlalu sedih hati saya melihat bonda yang terlantar dan tidak mampu saya menemani bersamanya sepenuh masa. Doa saya, semoga bonda berada dalam keadaan stabil.

Saya dan bonda Azizah Zainal Abidin

Saya pulang dari Hospital Ipoh Jam 1.00 tengahari dalam keadaan perasaan yang masih berbaur sedih. Dalam jangka masa yang ada sebelum jam 4.00 petang saya dapat berehat seketika di rumah sebelum bersiap ke Jitra, Kedah untuk menemani suami menghadiri program Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-51 yang telah berlangsung di Dewan Wawasan Jitra tepat jam 8.00 malam.

Alhamdulillah, diumumkan Johan Qari dan Qariah adalah dari negeri Perak iaitu Haji Shamsul bin Haji Saban@Supian (Guru SMK Agama di Perak) dan Cik Sharifah Khasif binti Syed Badiuzzaman (Pegawai Perhubungan Awam di K.L)

Saya dan suami selamat tiba di kediaman Ipoh pada jam 2.25 pagi dalam keadaan yang terlalu letih dan masih memikirkan keadaan bonda tercinta di hospital.


Front Page buku cenderahati tetamu yang hadir

Thursday, July 10, 2008

Gambar-gambar program di Daerah Batang Padang

Mengiringi suami dalam siri lawatan ke Daerah Batang Padang pada hari Khamis 17 April 2008 seterusnya saya menghadiri beberapa program yang telah diatur oleh PUSPANITA Daerah Padang Batang. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perjalanan program.

Sewaktu tiba di Pejabat Majlis Daerah Batang Padang

Saya berada di Rumah PUSPANITA Daerah Batang Padang. Di kanan saya Datin Faridah dan disebelah kiri Datin Maimun

Memberi ucapan seterusnya merasmikan Rumah PUSPANITA Daerah Batang Padang pada 17 April 2008

Menandatangani Plak Perasmian Rumah PUSPANITA

Menyanyikan lagu PUSPANITA selepas Majlis Perasmian

Menerima cenderamata dari PUSPANITA Batang Padang

Bergambar kenangan bersama Pimpinan PUSPANITA Daerah Batang Padang

Menikmati jamuan ringan sesudah majlis

Meneruskan program ke rumah anak yatim Darul Aitam yang terletak di Temoh Stesyen

Bangunan rumah anak yatim Darul Aitam

Semua anak-anak yatim Darul Aitam bersama tenaga pengajar

Memberi ucapan dan nasihat kepada semua yang hadir

Menyampaikan sedikit tanda ingatan kepada semua anak-anak yatim

Wednesday, July 09, 2008

Mengunjungi Hutan Belum, Gerik

Pagi tadi keadaan agak kelam kabut memandangkan program yang perlu saya hadiri bermula lebih awal dari kebiasaan program-program sebelumnya. Anak bongsu saya akan ke PASTI pada jam 8.10 pagi manakala saya perlu bersiap jam 8.15 untuk mengikuti program pada hari ini. Disebabkan masa yang bertembung terpaksalah saya memujuk anak bongsu supaya ke PASTI tanpa ditemani oleh saya seperti biasa. Alhamdulillah, anak bongsu memahami walaupun ada tanda-tanda 'protes' pada awalnya.

Saya bergerak dari kediaman bersama suami menuju ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh untuk mengiringi D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak & Permaisuri serta rombongan ke Gerik dengan menaiki helikopter.

Program bermula jam 10.00 pagi di Belum Rainforest Resort dengan ucapan-ucapan seterusnya acara perasmian dan menandatangani Plak Perasmian Belum Rainforest Resort yang telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak. Seterusnya saya mengiringi rombongan untuk bersantap di Hornbill Restaurant.

Mengikut aturcara asal kami semua akan melawat Pulau Banding tetapi program tersebut terpaksa dibatalkan memandangkan hujan yang lebat pada malam sebelumnya menyebabkan segala persediaan yang telah dibuat terjejas akibat hujan.

Walaubagaimanapun, saya amat kagum dengan keindahan semulajadi kawasan Belum. Kawasan ini amat cantik dan sesuai untuk percutian keluarga, ekplorasi hutan dan aktiviti lain. Keadaan dan suasana kawasan ini dapat memberi ketenangan.

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan pulang selamat seperti yang dirancang.


Front Page Buku Majlis Perasmian Belum Rainforest Resort & Pulau Banding Rainforest Research Centre. Perasmian disempurnakan oleh D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah- Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan

Peta Lokasi Kompleks Hutan Belum-Temengor

Pulau Banding, Gerik, Perak Darul Ridzuan

Belum Rainforest Resort & Pulau Banding Rainforest Research Centre
Belum Rainforest Resort mula beroperasi pada Mac 2008 mempunyai 70 buah bilik dengan kemudahan sebuah restoran yang boleh memuatkan seramai 150 orang, bilik mesyuarat berkapasiti antara 70-150 orang, sebuah surau untuk 40 jemaah dan sebuah jeti dengan 4 buah bot untuk pengunjung serta penyelamat.

Pulau Banding Rainforest Research Centre mula beroperasi pada Mac 2008 dengan keluasaan 2,000 kaki persegi di atas kawasan seluas 2.77 ekar. Bangunan nukleus ini disumbangkan oleh Yayasan EMKAY dan bernilai RM 2 juta. Ia mempunyai kemudahan makmal (dry and wet laboratories) untuk kajian hidrologikal/akuatik dan flora & fauna, pejabat ujikaji, pusat sumber, perpustakaan dan bilik air.

Makan Malam bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

Dari kanan Iman, Hana (puteri DSAI), Puan Suzana, saya dan anak sulung selepas makan malam di Kediaman Rasmi MB Perak

Berbual bersama DSAI dan keluarga

Tepat jam 8.00 malam 8 Julai 2008 Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba bersama rombongan seramai 20 orang ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak. Turut bersama beliau 2 orang anak perempuan iaitu Iman dan Hana. Isteri beliau tidak dapat bersama kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam perjalanan dari Segambut untuk menghadiri ceramah di Taiping. Beliau singgah di Kediaman Rasmi untuk solat Maghrib dan makan malam.

Pada malam tersebut saya dapat bertukar-tukar maklumat daripada rombongan beliau seterusnya saya dapat merasai bagaimana keadaan DSAI sekeluarga. Saya doakan semoga beliau, isteri serta anak-anak tabah menghadapi dugaan.

Tuesday, July 08, 2008

Menghadiri program bersama D.Y.M.M Sultan Perak

Pada 6 & 7 Julai 2008 D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak dan D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak berada di Dewan Banquet, SUK Perak dan di Bangunan Majlis Daerah Kinta Barat, Batu Gajah bagi menghadiri 2 program yang berasingan.

Pada 6 Julai 2008 saya turut bersama suami menghadiri program India Spunk! Charity Fashion Gala yang dianjurkan oleh Perak Society For the Promotion of Mental Health.

Pada 7 Julai 2008 saya menemani suami ke Batu Gajah untuk Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Majlis Daerah Kinta Barat yang telah disempurnakan sendiri oleh D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Turut hadir di dalam majlis perasmian tersebut ialah D.Y.A.M Raja DiHilir Perak dan D.Y.A.M Raja Puan Muda Perak

Sunday, July 06, 2008

Moral Support

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izinnya kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS, DAP dan PKR telah memerintah negeri Perak menjangkau 100 hari.

Sepanjang tempoh ini pelbagai kunjungan dan lawatan yang saya terima di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Ipoh. Antara tujuan kehadiran mereka untuk beramah mesra, mendapat penjelasan tentang sesuatu isu, memohon bantuan untuk persatuan atau pertubuhan, bertukar-tukar fikiran dan sebagainya.

Kehadiran mereka menunjukkan tanda sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan secara tidak langsung memberikan moral support kepada saya.

Antara mereka-mereka yang telah hadir ke Kediaman Rasmi Menteri Besar

Pimpinan Wanita KeADILan Pusat

Pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak

Kunjungan dari Jemaah Islam Malaysia (JIM) Perak dan Persatuan Ulama' Negeri Perak

Rombongan dari Kelab Bakti Gunung Kledang

Saturday, July 05, 2008

Kunjungan Hormat DMP Setiu

Sepanjang minggu ini saya tidak dapat menulis di sini kerana kesibukan menemani suami menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja yang telah diadakan di Istana Melawati Putrajaya pada 2 & 3 Julai 2008 yang lalu. Saya juga turut menghadiri jamuan makan malam Majlis Raja-raja di Istana Negara pada hari Rabu 2 Julai 2008.

Pada hari ini 5 Julai 2008 saya dan suami telah menerima Kunjungan Hormat dari Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Setiu, Terengganu seramai 40 orang.

Rombongan dari Setiu tiba pada jam 9.00 pagi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di mana pada hari sebelumnya mereka telah mengadakan lawatan ke negeri Kedah Darul Aman.

Dewan Muslimat PAS Perak turut bersama saya dan suami menyambut rombongan dan kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan mereka.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi iaitu Cik Hamisah selaku P.A saya dan diteruskan dengan ucapan ringkas dari wakil DMP Perak iaitu Ustazah Bariah bt. Alang Sapri dan diikuti ucapan wakil rombongan Setiu merangkap Ketua DMP Kawasan Setiu iaitu Ustazah Sakinah. Selaku tuan rumah, Dato' Seri telah menyampaikan ucapan bagi mengakhiri pertemuan ringkas. Jamuan makan diadakan sejurus selepas itu.

Ustazah Sapinah (Bertudung biru) selaku Ketua DMP Kawasan Setiu

Sebahagian dari rombongan yang hadir

Dato' Seri sedang memberi ucapan kepada semua yang hadir

Bergambar kenangan bersama rombongan Setiu dan wakil DMP Perak