Berita yang menyedihkan...
Semalam selepas puteri bongsuku berangkat ke sekolah saya terus bersiap ke Hospital Permaisuri Bainun di Ipoh untuk menziarahi bonda tercinta yang telah dikejarkan dari Hospital Tapah ke Hospital Ipoh malam sebelumnya. Terlalu sedih hati saya melihat bonda yang terlantar dan tidak mampu saya menemani bersamanya sepenuh masa. Doa saya, semoga bonda berada dalam keadaan stabil.

Saya pulang dari Hospital Ipoh Jam 1.00 tengahari dalam keadaan perasaan yang masih berbaur sedih. Dalam jangka masa yang ada sebelum jam 4.00 petang saya dapat berehat seketika di rumah sebelum bersiap ke Jitra, Kedah untuk menemani suami menghadiri program Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-51 yang telah berlangsung di Dewan Wawasan Jitra tepat jam 8.00 malam.
Alhamdulillah, diumumkan Johan Qari dan Qariah adalah dari negeri Perak iaitu Haji Shamsul bin Haji Saban@Supian (Guru SMK Agama di Perak) dan Cik Sharifah Khasif binti Syed Badiuzzaman (Pegawai Perhubungan Awam di K.L)
Saya dan suami selamat tiba di kediaman Ipoh pada jam 2.25 pagi dalam keadaan yang terlalu letih dan masih memikirkan keadaan bonda tercinta di hospital.

4 comments:
zirasafeeAssalamualaikum datin seri,
Saya mendoakan agar bonda datin seri segera sembuh berkat doa anak-anak beliau yang soleh. Sesungguhnya manusia sebagai hamba Allah yang lemah memang tidak dapat melarikan diri dari ujian termasuklah diuji dengan penyakit. Sesungguhnya juga kesabaran dan redha adalah kunci kekuatan bagi menghadapi segala ujian dan dugaan yang menimpa. Hanya kepada Allah jua tempat mengadu serta memohon agar dibekalkan dengan kekuatan dan ketabahan.
Salam hormat,
Zeera.
Assalamualaikum datin seri,
maaf berlaku sedikit kesilapan teknikal(typing) di komen sebelum ni. Tak sengaja sebab masih belum mahir!
Salam.
Salam Datin Seri,
Saya doakan bonda DS cepat sembuh. Semoga diberikan kekuatan olehNya kepada DS dan keluarga menghadapi dugaan ini.
zeera,
Terima kasih di atas doa. Emak saya sudah lama sakit dan saya selalu berharap beliau stabil.
Ttg kesalahan typing tidak mengapa. Saya pun masih baru juga. :)
cikliah,
Itulah harapan saya. Semoga saya semakin kuat menghadapi segala ujian. Terima kasih
Post a Comment