Pagi tadi keadaan agak kelam kabut memandangkan program yang perlu saya hadiri bermula lebih awal dari kebiasaan program-program sebelumnya. Anak bongsu saya akan ke PASTI pada jam 8.10 pagi manakala saya perlu bersiap jam 8.15 untuk mengikuti program pada hari ini. Disebabkan masa yang bertembung terpaksalah saya memujuk anak bongsu supaya ke PASTI tanpa ditemani oleh saya seperti biasa. Alhamdulillah, anak bongsu memahami walaupun ada tanda-tanda 'protes' pada awalnya.
Saya bergerak dari kediaman bersama suami menuju ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh untuk mengiringi D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak & Permaisuri serta rombongan ke Gerik dengan menaiki helikopter.
Program bermula jam 10.00 pagi di Belum Rainforest Resort dengan ucapan-ucapan seterusnya acara perasmian dan menandatangani Plak Perasmian Belum Rainforest Resort yang telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak. Seterusnya saya mengiringi rombongan untuk bersantap di Hornbill Restaurant.
Mengikut aturcara asal kami semua akan melawat Pulau Banding tetapi program tersebut terpaksa dibatalkan memandangkan hujan yang lebat pada malam sebelumnya menyebabkan segala persediaan yang telah dibuat terjejas akibat hujan.
Walaubagaimanapun, saya amat kagum dengan keindahan semulajadi kawasan Belum. Kawasan ini amat cantik dan sesuai untuk percutian keluarga, ekplorasi hutan dan aktiviti lain. Keadaan dan suasana kawasan ini dapat memberi ketenangan.
Alhamdulillah, perjalanan pergi dan pulang selamat seperti yang dirancang.

Front Page Buku Majlis Perasmian Belum Rainforest Resort & Pulau Banding Rainforest Research Centre. Perasmian disempurnakan oleh D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah- Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan
Pulau Banding, Gerik, Perak Darul Ridzuan
Belum Rainforest Resort & Pulau Banding Rainforest Research Centre
Belum Rainforest Resort mula beroperasi pada Mac 2008 mempunyai 70 buah bilik dengan kemudahan sebuah restoran yang boleh memuatkan seramai 150 orang, bilik mesyuarat berkapasiti antara 70-150 orang, sebuah surau untuk 40 jemaah dan sebuah jeti dengan 4 buah bot untuk pengunjung serta penyelamat.
Pulau Banding Rainforest Research Centre mula beroperasi pada Mac 2008 dengan keluasaan 2,000 kaki persegi di atas kawasan seluas 2.77 ekar. Bangunan nukleus ini disumbangkan oleh Yayasan EMKAY dan bernilai RM 2 juta. Ia mempunyai kemudahan makmal (dry and wet laboratories) untuk kajian hidrologikal/akuatik dan flora & fauna, pejabat ujikaji, pusat sumber, perpustakaan dan bilik air.
3 comments:
Salam hormat wahai Datin Seri.
Memang menarik namanya - BELUM.
Teringat kepada nama sebuah pulau - PULAU APA.
Salam Datin Seri,
Seronok tengok gambar-gambar dalam blog Datin ini.
Saya telah berkesempatan berkunjung ke Belum Rainforest Resort pada cuti sekolah yang lalu. Dan sempat pula menaiki bot meninjau keadaan sekitar Tasik Temenggor yang sungguh cantik. Pengalaman paling menarik kerana dapat melihat bunga raflesia dari dekat.
Semasa check out, saya sempat bertanya kenapa gambar MB Perak yang baru belum digantung lagi.
Harapnya semasa kunjungan Datin Seri dan rombongan, pihak resort telah pun menggantung gambar YAB Datuk Seri. ;)
abang long,
mungkin ada yang tersirat disebalik nama itu...
cikliah,
memang menarik kawasan tersebut, rugi saya tidak dapat naik bot kerana cuaca tidak mengizinkan.
Semasa kunjungan saya tempohari pihak resort telahpun menggantung gambar MB :)
Post a Comment