Saturday, July 05, 2008

Kunjungan Hormat DMP Setiu

Sepanjang minggu ini saya tidak dapat menulis di sini kerana kesibukan menemani suami menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja yang telah diadakan di Istana Melawati Putrajaya pada 2 & 3 Julai 2008 yang lalu. Saya juga turut menghadiri jamuan makan malam Majlis Raja-raja di Istana Negara pada hari Rabu 2 Julai 2008.

Pada hari ini 5 Julai 2008 saya dan suami telah menerima Kunjungan Hormat dari Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Setiu, Terengganu seramai 40 orang.

Rombongan dari Setiu tiba pada jam 9.00 pagi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di mana pada hari sebelumnya mereka telah mengadakan lawatan ke negeri Kedah Darul Aman.

Dewan Muslimat PAS Perak turut bersama saya dan suami menyambut rombongan dan kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan mereka.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi iaitu Cik Hamisah selaku P.A saya dan diteruskan dengan ucapan ringkas dari wakil DMP Perak iaitu Ustazah Bariah bt. Alang Sapri dan diikuti ucapan wakil rombongan Setiu merangkap Ketua DMP Kawasan Setiu iaitu Ustazah Sakinah. Selaku tuan rumah, Dato' Seri telah menyampaikan ucapan bagi mengakhiri pertemuan ringkas. Jamuan makan diadakan sejurus selepas itu.

Ustazah Sapinah (Bertudung biru) selaku Ketua DMP Kawasan Setiu

Sebahagian dari rombongan yang hadir

Dato' Seri sedang memberi ucapan kepada semua yang hadir

Bergambar kenangan bersama rombongan Setiu dan wakil DMP Perak

2 comments:

azruldemirtas said...

Assalamualaikum..

Saya berbesar hati dapat melayari blog datin yang serba indah ini...

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Waalaikumussalam

terima kasih azruldemirtas kerana sudi berkunjung ke blog ini