Thursday, September 11, 2008

Anak menduduki UPSR

Saya sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak akhbar Sinar Harian kerana telah menyiarkan kisah hidup seharian saya sekeluarga selepas suami bergelar Menteri Besar di dalam akhbar mereka.

Sepanjang minggu ini saya lebih menumpukan pada keluarga memandangkan seorang anak saya baru sudah menduduki peperiksaan UPSR. Saya mendoakan beliau berjaya walaupun tidak sepenuh penumpuan saya dan suami berikan kepadanya sepanjang minggu UPSR. Saya juga mendoakan agar kecemerlangan anak saya dalam percubaan UPSR mendapat 5A akan menjadi miliknya di dalam peperiksaan UPSR yang sebenar.

Di dalam minggu ini, saya juga telah meluangkan masa di pekan Ipoh membeli keperluan anak-anak untuk menyambut hari raya nanti.

Jadual suami pula minggu ini beliau ke Masjid Muhajirin Seberang Perak berbuka puasa dan majlis penyampaian sumbangan fakir miskin dalam Majlis bersama Raja Dihilir. Keesokkan harinya beliau berbuka bersama Raja Muda Perak di Masjid Insaniah Kampung Kelan, Slim River. Semalam beliau berbuka, solat Terawih dan memberi Tazkirah di Surau Al Hidayah Bandar Lahat Baru.

No comments: