Monday, September 01, 2008

Salam Ramadan 1429 Hijrah

Hari ini suami meraikan semua kakitangan Kerajaan, Ketua Jabatan, YB dan Pegawai Daerah berbuka puasa di kediaman rasmi Menteri Besar. Majlis di mulakan pada jam 7.00 petang dengan bacaan tahlil seterusnya berbuka puasa beramai-ramai dan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Dato' Syeikh Mohd Noor Mansor Al-Hafiz.

Selepas solat Maghrib semua tetamu menjamu selera sebelum sama-sama berjemaah solat Isyak dan Tarawih. Selepas solat witir suami telah menyampaikan tazkirah selama 30 minit kepada semua jemaah yang hadir. Jamuan ringan diadakan sejurus selepas tamat tazkirah iaitu kira-kira jam 10.20 malam.

Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia dan selamat berpuasa saya ucapkan buat semua umat Islam khasnya kepada pengunjung-pengunjung blog saya. Semoga kehadiran Ramadan kali ini akan meningkatkan amal ibadat kita dan Ramadan kali ini merupakan Ramadan yang terbaik dari tahun-tahun sebelum ini.

Majlis berbuka puasa di kediaman rasmi

2 comments:

Aminah said...

Assalamualaikum Datin Seri,

Salam Ramadhan kepada Datin Seri serta keluarga. Semoga ibadah puasa kita ni diberkati dan diterima oleh Allah swt, amin.

Ikhlas drp,
Aminah

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam,

aminah,
Salam Ramadhan juga untuk Aminah. Semoga Ramadhan tahun ini menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa.