Friday, September 12, 2008

Majlis Berbuka Puasa ADUN & Pimpinan Parti Pakatan Rakyat Negeri Perak

Semalam saya dan suami berbuka puasa di Istana Iskandariah Kuala Kangsar bersama DYTM Raja Muda dan guru-guru. Antara VIP lain yang hadir ialah Menteri Pelajaran Hishamuddin Tun Hussein dan isteri.

Hari ini suami solat Jumaat dan menyampaikan Tazkirah di Masjid Serdang Permai Sungai Raia.

Hari ini juga telah diadakan Majlis berbuka puasa di Kediaman Rasmi Menteri Besar bersama ADUN Pakatan Rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat Peringkat Negeri Perak. Turut bersama meraikan majlis berbuka ialah ADUN Pakatan Rakyat dari DAP.

Selepas berbuka suami, menantu dan anak-anak menunaikan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah di Masjid Muhibbudin Shah, Jalan Hospital.

No comments: