Friday, September 19, 2008

Meraikan Anak Yatim & Sumbangan untuk Fakir Miskin

Alhamdulillah dengan kelapangan masa yang ada saya ditemani pembantu peribadi dan rakan-rakan muslimat dari Pakatan Rakyat telah menyampaikan beberapa sumbangan untuk anak-anak yatim dan keluarga miskin di sekitar Tapah.

Meraikan anak yatim
Pihak pengurusan program telah memilih hampir 40 orang anak-anak yatim yang kurang berkemampuan di sekitar Tapah untuk diraikan dengan menyediakan beberapa kelengkapan untuk mereka berhari raya serta sedikit duit raya untuk mereka. Mereka adalah anak-anak yatim yang tidak dijaga oleh mana-mana pertubuhan atau rumah anak-anak yatim sebaliknya dijaga oleh ibu atau bapa atau penjaga yang kurang berkemampuan.

Kami telah membawa anak-anak yatim ke Pasaraya Popular dan Arked Impiana di Pekan Tapah untuk mereka memilih kelengkapan pakaian untuk berhari raya. Melihat anak-anak yang ceria dan gembira hati saya turut tersentuh. Kegembiraan mereka juga kegembiraan bagi saya.

Ziarah rumah warga miskin & tidak berkemampuan.
Setelah meraikan anak-anak yatim, saya di bawa oleh pihak pengurusan ke Kampung Datoh, Tapah Road dan Temoh untuk menziarahi dan menyerahkan sumbangan barang keperluan dapur untuk warga miskin dan mereka yang tidak berkemampuan.

Alhamdulillah dengan bantuan yang tidak seberapa sekurang-kurangnya dapat meringankan bebenan mereka dan dalam hati kecil saya berharap semoga lebih ramai mereka-mereka yang berkemampuan membantu golongan miskin dan tidak berkemampuan.

Membantu memilih pakaian untuk anak-anak yatim di Aked Impiana, Pekan Tapah

Bergambar bersama anak-anak yatim setelah selesai mereka memilih kelengkapan pakaian untuk menyambut Aidilfitri

Ziarah dari rumah ke rumah warga miskin dan mereka yang tidak berkemampuan

2 comments:

Mior said...

Kalau masa berpuasa ni, rasa sedih melihat golongan yang kurang berkemampuan ni amat terasa sangat. Alhamdulillah dapat pemimpin yang prihatin.

Neo Media said...

Salam Datin...moga dalam lindungan Allah selalu.. saya ada baca dalam mingguan malaysia semalam mengatakan penduduk fakir di daerah selama tka dpt bantuan... YB Kapten (B) Najmuddin kata dia gunakan elaun bulanannya utk bantu golongan fakir ini... saya kurang berkenan dengan cara akhbar ini yg seolah nk tunjuk kerajaan Perak skrg kurang prihatin.. boleh Datin sampaikan kepada Datuk Nizar? TQ..