Tuesday, February 17, 2009

Bertemu Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih diucapkan kepada anda semua kerana masih setia mengunjungi blog ini.

Pertamanya ingin saya mohon maaf kerana lama tidak mengemaskini perkembangan terbaru saya serta seisi keluarga. Seperti yang sedia maklum baru-baru ini telah berlaku perubahan besar dalam kerajaan negeri Perak menyebabkan masa saya banyak tertumpu pada 'suasana' yang berlaku.

Rentetan dari apa yang berlaku di Perak menyebabkan ramai rakyat, keluarga dan sahabat yang tidak putus berkunjung ke kediaman untuk memberi sokongan dan semangat supaya saya kuat dan terus menjadi tulang belakang kepada suami.

Saya akan terus menjalankan kerja-kerja kebajikan setakat yang termampu dan InsyaAllah saya akan terus menulis setelah selesai berpindah dari kediaman rasmi MB.

24 comments:

Impian Serikandi said...

ds fatimah.
moga tabah.islam tetap menjadi pendokong kebenaran
teguhkan hatimu!

Ummu Ammar said...

assalamualaikum...

kuatkan hatimu seteguh Khadijah mempertahankan suaminya...

tekadkan azammu segigih Aisyah melawan segala fitnah duniawi...

moga sabarmu kan beroleh syurga firdausi dariNYA Yang Maha Pemurah lagi Penyayang...

Mohd Shahnom Ismail said...

Assalamualaikum wbt

Semoga Puan dan Suami tabah selalu
Saya dan rakan2 di UK sentiasa menghargai kesanggupan Puan sekeluarga menempuh ranjau perjuangan Islam yang getir ini

Fitnah akhir zaman sangat mencabar
Sabarlah...

Jzk

Tinta Hitam said...

Datin Seri,

Saya yakin Datin Seri sekeluarga akan sentiasa berada didalam pemeliharaan Allah SWT.Sokongan Datin Seri pada MB amat penting didalam situasi begini.YAB MB amat memerlukan sokongan Datin Seri lebih dari sebelumnya..

Allah Maha Melihat.Kemenangan total PR adalah amat hampir

daLyaanoon said...

Teruskan khidmat Datin Seri!
Teruskan menulis DS...
Saban hari menanti tulisan DS...
DS,
Rakyat selalu mendoakan kesejahteraan keluarga DSMN semoga tabah dan lebih tabah!
Kirim salam pada DSMN!
TAkbir!

KakChik said...

Assalamualaikum dan salam perjuangan DS.

Tahniah kerana DS telah berjaya melalui suasana yg tegang di sisi Dato' Seri dengan tabah sekali. Semoga DS sekeluarga akan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT.

Semoga pihak yang benar akan kembali memerintah di Perak.

muslimat parit said...

Assalamualaikum..Datin Seri..Kita tetap istiqamah dalam perjuangan ini..Nak tanya Datin Seri ikut sekali ke pada Hari Ahad ini.datang ke tempat keme...kalau datang nak bawa ziarah seperti yang dirancang tempoh hari..Salam Ukhuwah dari kami..Parit,P069.

radenjowo said...

Tahniah !!!
Berbangga dengan DS sekeluarga.

Shaike said...

Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan Datin seri sekeluarga dan seluruh rakyat Perak.

Mizly said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya berharap Datin Seri sentiasa istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam serta menjadi penyejuk, penawar serta kekuatan kepada Doto' Seri Ir. Mohd Nizar.

Ingatlah firman Allah:-
"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran."

(Al-Quran: Surah Al-'Ashr, ayat 1-3)

Sampaikan Salam saya kepada DSMN serta keluarga.

thaliana_damia said...

salam datin seri ...

teruskan berjuang dan berbakti kepada masyarakat ...moga kekuatan mu menjadi tulang belakang terhebat buat mb nizar ...

saya doakan bahawa anda sekeluarganya sentiasa di dalam rahmatnya ...

aku adalah aku yang sekarang said...

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah :155)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45)

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad :7)

"Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan semua urusan."(Al-Hajj:76)

"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui" (Al-Maidah : 54)

“Barang siapa yang mengerjakan amal shaleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (QS Al An-Nahl : 97)


HANYA AYAT-AYAT ALLAH DARI KITAB SUCI AL-QURAN YG MAMPU SY BERIKAN. SEMOGA MENJADI PENYEJUK MATA PENAWAR HATI BUAT DATO' IR NIZAR & BATIN FATIMAH SEKELUARGA..SALAM ANAK PERAK DI BUMI LABUAN.

Abib said...

Salam. Semoga ds tabah menghadapi situasi x menentu ni... InsyaAllah, kebenaran akan terserlah jua satu hari nanti...

gonggong019 said...

Salam DS Fatimah,
saya tak kenal DS sekeluarga begitulah sebaliknya tetapi dari pembacaan dn pengalaman org yg penah berurusan dgn suami ds memang saya boleh kata ianya khalifah zaman modern....harap ds sekeluarga sabar dan ingat Allah...kirim salam saya kpd Ir Nizar daripada bakal Ir juga hehe insyaAllah

anarqiyELLow said...

saya tetap menyokong puan sekeluarga..

jangan gusar...
Org yang dizalimi pasti akan menang!

AvanzaG said...

Salam,

Saya doakan Dato/datin sekeluarga dalam keadaan selamat dan sejahtera. Saya sebagai rakyat Perak sangat sedin dgn apa yg terjadi.
Semoga keadaan akan kembali normal. Tiap2 hari sy kunjungi blog datin, menunggu posting datin ttg berita terkini. Alhamdulilah datim kembali. Teruskan menyampaikan maklumat terkini kepada rakyat...

Wassalam
Sg Baru Kuala Kurau

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada semua di atas sokongan dan meninggalkan komen di sini.

kepada muslimat Parit,
saya mohon kemaafan kerana tidak dapat untuk menghadiri program Ahad nanti kerana sekarang minggu sibuk mengemas barang dan akan berpindah dari kediaman rasmi mb.

A K U said...

Assalamualaikum... salam keimanan dan kemanusiaan buat para pencinta kedamaian... Buat Datin Seri.. semoga tabahkan diri atas apa yang berlaku... Saya yakin dan percaya seluruh rakyat Malaysia "atas pagar" seperti saya dapat menilai mana watak-watak hitam dan mana watak-watak putih atas apa yang berlaku di Perak... yakinlah keadilan untuk rakyat Perak akan dikembalikkan pada tempatnya

Sekian... Wassalam

greenismycolour said...

Dugaan hebat yang mampu memantapkan iman dan pergantungan kepada Yang Esa. Diharap pimpinan sentiasa memohon petunjuk Allah Ta'ala dalam menyusun langkah dan membuat keputusan dan bukan menurut 'nasihat','cadangan' dan 'input' dari manusia di sekeliling walaupun yang bersama dalam Pakatan atau dalam jemaah sendiri.
Malang sekiranya ada keputusan Datin Seri selama ini yang berpandukan 'input' dari kumpulan yang rajin berkunjung dan 'bermesra' tanpa diselidiki kesahihan.
Ahli PAS amat tidak redha jika pimpinan PAS bertindak menurut telunjuk golongan yang 'menyamar', samada dalam Pakatan mahupun dalam PAS, yang tidak cinta kepada Islam, yang manis mulut tapi busuk hati. Sekiranya ini berlaku, insyaAllah, PAS akan kecundang akhirnya.

khairi said...

salam...moga tabah dan terus tabah...i'allah...akan dapat balik Perak...percayalah....wait n see

Tukang cerita said...

salam DS...
Semoga tabah menghadapi ujian ini...
kami sentiasa menyokong kalian....
~anak perak wehhhh....~

radenjowo said...

ni komen march 01,

salam Datin Seri,
saya sekeluarga mengucapkan takziah di atas kehilangan ibu tercinta.

semoga roh beliau di cucuri rahmat.

ilmuwanshattirs said...

TAKBIR..ALLLAHU AKHBAR.!

dariana said...

ada org2 lain yg lagi berat tanggungan zahir dan batin.
dugaan Allah adalah untuk kia perolehi hikmat, rahmat dan lebih berkat..insya Allah; anda dan suami kena pilih sabar dan tabah.