Sunday, February 01, 2009

Program sana sini

Semalam dan hari ini jadual saya agak padat dan sibuk. Begitulah keadaannya. Ada kala tiada program bersama masyarakat saya menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak dan bila tiba jadual yang padat saya kena ikuti demi amanah yang diberi. Namun adakala saya tidak dapat memenuhi semua jemputan atas sebab pertindahan masa program dan hal-hal yang perlu saya utamakan.

Semalam saya mengambil kesempatan masa yang ada selepas program Fiesta Feminin dengan menziarahi anak saya di Sekolah Izzuddin. Selesai dari itu adik bongsu saya dari Rawang datang ke kediaman menziarahi saya sekeluarga.

Sebelah malamnya saya tidak ke mana-mana tetapi suami tetap dengan jadualnya yang padat. Jam 7 petang beliau di Kuala Sepetang menghadiri majlis raya cina dan terus bergegas ke Belanja untuk Ceramah Perdana Bersama Y.B Wahid Endut, Kapten Usaili dan Ustaz Misbahul Munir. Tiba di kediaman sudah jam 2.00 pagi.

Kuala Sepetang

Ceramah Perdana di Belanja

Seperti kebiasaan, suami akan menyampaikan kuliah subuh setiap hujung minggu di sekitar masjid-masjid Ipoh. Sempat tidur 2 jam suami bangun bersiap untuk ke Masjid Muttaqin Bandar Baru Putra, Bercham untuk program Kuliah Subuh.

Tiba di kediaman jam 8.00 pagi, suami bersiap untuk Mesyuarat Pakatan Rakyat pada jam 9.00 pagi. Selesai mesyuarat diadakan Sidang Akhbar dan berakhir jam 11.00 pagi. Dalam masa yang sama saya menghadiri satu program bersama muslimat iaitu perjumpaan dengan seluruh Ketua-ketua Muslimat Negeri Perak bertempat di Markaz PAS Gopeng. Perbincangan mengenai peranan muslimat dalam memberi kebajikan dan menyalurkan bantuan ditekankan.

11.30 tiba di rumah suami sudah menunggu dan kami terus ke Kampar untuk Majlis Raya Cina. Ketibaan kami disambut dengan tarian naga dan program tersebut mendapat kehadiran yang amat menggalakkan. Dari Kampar terus bergegas pulang ke Ipoh untuk program Ceramah Agama bersama Dato Dr. Haron Din. Selepas solat saya dan suami terus turun ke Dewan Program.

Program Raya Cina di Kampar

Program Ceramah Dato' Haron Din mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kehadirin melebihi dari ceramah-ceramah yang diadakan sebelum ini. Pada majlis tersebut turut dilancarkan Tabung Fatimah yang diwujudkan untuk mengumpul dana untuk mereka yang memerlukan. Ia diuruskan oleh Unit Kebajikan MESRA (Ikatan Mesra Wanita Perak).

Di dalam ceramah kali ini, saya turut menjemput peniaga-peniaga untuk membuka gerai jualan mereka di dalam kediaman. Ada gerai jualan makanan-makanan ringan, buku-buku dan minuman. Selesai program waktu Asar dan hadirin solat berjemaah di Surau baru kediaman.

Habis sahaja program ceramah agama, suami menerima kunjungan dari pimpinan pakatan rakyat bagi menyelaras dan berbincang mengenai isu Perak. Ia berlarutan sehingga Maghrib dan bersambung selepas solat sehingga jam 11.00 malam.

Semoga negeri Perak mendapat lindungan dari Allah dan segala yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya.

Program Ceramah Agama oleh Dato Dr. Haron Din Al-Hafiz

2 comments:

Kita orang KL said...

Ya ALLAH, permudah dan leraikanlah segala masalah yg dihadapi kepimpinan Ment Besar Perak. Bantulah mereka ya ALLAH.......

umi DnD said...

Salam Datin Seri,

saya salah seorang pengunjung ke program ceramah perdana oleh Dato' Dr Harun Din. Terima kasih Datin Seri di atas penganjuran program yang amat bermanfaat ini. Semoga program-program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa2 akan datang untuk mendidik kami warga Perak sebagaiman ucapan MB Ir Nizar, 'kami akan menggunakan segala kemudahan yang tersedia ini dengan sedikit kuasa yang telah diberikan oleh Allah demi kebaikan semua rakyat". Saya berdoa kepada Allah agar MB yang dikasihi dan semua ahli politik yang terlibat supaya kuat menghadapi cabaran politik hari ini demi umat Islam sejagat. Insya Allah