Saturday, January 31, 2009

Skuad Bolasepak Perak Diraikan


Skuad bolasepak Perak Liga Super dan Liga Perdana diraikan di dalam satu majlis makan malam yang telah diadakan di dewan serbaguna kediaman rasmi menteri besar pada 28 Januari yang lalu.

Saya dan suami serta seluruh warga kediaman mengalu-alukan kedatangan mereka. Saya secara peribadi mengucapkan syabas atas sumbangan mereka kepada sukan di Perak apatah lagi sukan bolasepak menjadi sukan no.1 digemari.

Sejak mengambil alih PAFA dari pengurusan yang lalu, suami telah banyak berusaha menjaga kebajikan pemain termasuk usaha memberi gaji secara bulanan sepertimana pegawai-pegawai kerajaan. Tahun-tahun sebelum ini pemain tidak diberi kebajikan sebaiknya sehingga gaji-gaji mereka tidak diberikan oleh pihak pengurusan dan sehinggakan masalah tersebut dibebankan kepada pengurusan baru. Namun usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah sesi lalu tetap dijalankan.

Semua pemain yang hadir kelihatan gembira dan terharu di atas keprihatinan Pengurusan PAFA yang baru meraikan mereka. Dengan harapan mereka dapat bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh untuk memajukan lagi bolasepak di Perak dan Malaysia seterusnya di peringkat antarabangsa.

Suami turut mengumumkan penurunan harga tiket masuk ke Stadium Ipoh untuk menyaksikan perlawanan bolasepak sebanyak RM 2.

Turut hadir ke majlis jamuan tersebut ialah penaja-penaja dan para wartawan.

1 comment:

Abu Ihsan Elbaritii said...

Salam.

Tgh2 malam ni belum berehat Datin Seri? Moga Allah selamatkan kerajaan pimpinan Dato' Seri.

Senarionya, nampak macam ujian ini cukup berat. Boleh bagi komen untuk kami di KL, jika tidak mengganggu masa Datin Seri.