Thursday, January 08, 2009

Ziarah Tun Haji Syed Zahiruddin

Ahad lalu saya dan suami menziarahi Dato' Bendahara Perak- Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin bin Said Hassan di kediaman anak beliau di Petaling Jaya. Kunjungan kami di sambut oleh Tun dan Toh Puan.

Selepas minum petang kami bertanyakan hal kesihatan Tun dan berita-berita hal ehwal di Perak.

Dato' Bendahara Perak merupakan Orang Besar Empat Perak yang juga Ahli Rasmi Ahli Dewan Negara Perak. Tun Syed Zahir pernah menjadi Yang di-Pertua Negeri Melaka antara tahun 1975-1984.


2 comments:

umi DnD said...

Assalamualaikum dan salam perkenalan Datin Seri..

Tergerak hati untuk membaca blog Datin Seri setelah berpeluang melihat Datin Seri secara live di malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin. Mendengar ucapan wakil2 dr NGO yang begitu bersemangat, hati lantas terdetik untuk sama-sama berjuang di dalam perkumpulan sebegitu dan setelah membaca blog ini sepintas lalu, Datin Seri ada mention about Nisa'. Bagaimana nak menyertainya Datin Seri? Satu lagi, teruskan menghebahkan sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan....rugi rasanya banyak aktiviti yang best saya dah terlepas...

Terima kasih Datin Seri.

Salam Seikhlas Hati,
Ummi Mawaddah
Tambun

Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Assalammualaikum Datin Seri Hjh. Fatimah Taat

Pertama sekali saya mengucapkan tahniah atas kejayaan Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana berjaya memenangi kursi Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini.

Nama saya YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin dari Kulim, Kedah. Untuk pengetahuan Datin Seri, saya merupakan anak saudara kepada YM Raja Ahmad Kamar b. Raja Adenan dan Umi Zaleha bt. Tais (dari Kuala Kangsar, Perak) ingin memohon jasa baik Datin Seri untuk memberi contact number Y.A.Bhg. Tun Hj. Syed Zahiruddin b. Syed Hassan (Datuk Bendahara Seri Maharaja, Negeri Perak). Kebetulan Datin Seri dan Dato' Seri telah menziarahi beliau baru-baru ini.

Saya ingin menghubungi beliau atas urusan keluarga (mencari salasilah keluarga saya). Justeru, saya amat memohon jasa baik Datin Seri Hjh. Fatimah membantu saya untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin
019-5611794

ibn.baharudin@gmail.com