Thursday, January 01, 2009

Ceramah Tahun Baru Bersama Cikgu Azmi

Cikgu Azmi menyampaikan ceramahnya

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah dan Tahun Baru 2009 kepada semua Bloggers dan pengunjung blog ini.

Alhamdulillah, di hari pertama untuk tahun 2009 program ceramah agama bersempena tahun baru telah berjaya diadakan di Dewan Serbaguna Kediaman Rasmi Menteri Besar. Cikgu Azmi selaku penceramah kali ini memberikan pidato yang cukup hebat dan berkesan kepada lebih 600 hadirin yang hadir memenuhi ruang dewan. Lebih ramai dari ceramah kali pertama yang diadakan dahulu dan harapan saya sudah pasti bulan hadapan bertambah ramai pendengar akan hadir.


Pulang ke Kampar dan Tapah
Selesai program saya dan suami bersama anak-anak pulang ke kampung untuk menziarahi ibu dan ibu mertua saya.

Selamat bercuti dan selamat 'menyiapkan' anak-anak kembali ke sekolah.

2 comments:

sufi mustika said...

mintak tolong daripada Datuk Seri meninjau keadaan encik Talib Che Din.

http://msomelayu.blogspot.com/2008/12/sebelum-tidur.html

Terima Kasih

kakchik said...

Alhamdulillah, di Perak pun tahun baru disambut dengan kaedah yang Islamik sekali. Pengisian jiwa di awal tahun mungkin akan terus menjadikan jiwa2 tersebut makin dekat dengan Islam, Iman dan Taqwa. Tahniah untuk Datin Seri.