Monday, February 02, 2009

Majlis Kesyukuran Bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan


Majlis Kesyukuran & Bacaan Yassin serta Tahlil telah diadakan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar sebagai program pembukaan untuk Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah.

Majlis bermula pada jam 7.00 malam dengan Bacaan Yassin dan Doa Selamat dan diikuti dengan Solat Maghrib berjemaah. Majlis makan malam diadakan sebelum bersurai.

Pelbagai aktiviti telah diatur disepanjang program sambutan yang akan berakhir pada 21 Februari.

No comments: