Friday, November 28, 2008

Ceramah Dato' Haji Ismail Kamus di Agrofest


Alhamdulillah saya berpeluang berkunjung ke Sambutan Agrofest Peringkat Negeri Perak pada hari semalam bersama anak-anak dan menghabiskan masa melihat pameran dan jualan di festival tersebut. Program Agrofest pada tahun ini mendapat sambutan yang amat luar biasa dengan kehadiran pengunjung yang begitu ramai. Sehinggakan untuk mendapat parking amatlah payah.

Hari ini saya sekali lagi ke Sungai Siput mengiringi suami ke tapak sambutan Agrofest bagi mengikuti program Ceramah Agama yang disampaikan oleh Al-Fadhil Dato' Haji Ismail Kamus. Suami menyampaikan ucapan aluan sebelum ceramah bermula.

Saya berasa gembira dan bersyukur kerana ruang dataran pentas perasmian dipenuhi pengunjung untuk mendengar ceramah oleh Dato' Ismail Kamus. Bukan senang untuk mendapat peluang sebegini. Dahulunya Dato' Ismail Kamus amat terkenal sebagai pendakwah bebas dan kerap muncul dalam rancangan Hal Ehwal Islam di TV1. Namun apabila suaranya telah 'digam' atas alasan apa yang disampaikan berbaur politik maka beliau sudah tidak muncul di kaca televisyen dan setelah beliau menyertai politik dan memilih PAS sebagai jalan perjuangan beliau, semakin susah rakyat untuk mendengar ceramah agama beliau secara live.

Alhamdulillah dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Perak, peluang-peluang para pendakwah untuk menyampaikan ilmu mereka terbuka luas. Tambahan dapat memberikan ceramah agama dalam program Agrofest pula.

Dato' Haji Ismail Kamus menyampaikan ceramah di Agrofest


Sebahagian hadirin yang hadir

No comments: