Monday, November 17, 2008

Meraikan Petugas-Petugas Sidang DUN


Satu majlis ringkas jamuan makan tengahari telah diadakan di Dewan Kediaman Rasmi MB bagi meraikan semua penjawat awam, pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan SUK yang telah bertungkus lumus menjayakan Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Turut hadir di dalam jamuan tersebut ialah Tuan Speaker Dewan Negeri Y.B Sivakumar dan beberapa orang exco dan ADUN antaranya Y.B Hj Zainuddin, Y.B Nga Kor Ming, Y.B Tai Sing Ng, Y.B Sivanesan dan Y.B Su Keong Siong. Staf-staf di kediaman turut bersama meraikan majlis tersebut.

Semoga dengan majlis yang telah dianjurkan dapat mengeratkan lagi ukhuwwah silaturrahim dan semua pegawai-pegawai lebih bersemangat dalam menjalankan amanah sebagai kakitangan kerajaan.

No comments: