Hari ini seawal pagi suami telah bertolak dari kediaman di Ipoh ke Stadium Malawati Shah Alam menghadiri Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (keADILan). Program tersebut telah dirasmikan oleh Presiden keADILan Datin Seri Wan Azizah sekaligus menyampaikan ucap utama kongres pada tahun ini.
Selesai program di Shah Alam suami terus ke Pulau Pangkor untuk mengikuti program-program yang telah diatur selama 2 hari bersama rakyat di kawasan tersebut.
Jam 5.30 petang beliau diraikan oleh 300 penduduk Pangkor dari kaum Melayu, Cina dan India di Majlis Hi Tea bertempat di Warung Pak Usop, Kampung Sungai Pinang.
Program di sebelah malam di mulakan dengan Kuliah Maghrib dan seterusnya ke Dataran Pangkor Pasir Bogak bagi menyampaikan ceramah menerangkan dasar-dasar kerajaan dan menafikan segala fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. Turut menyampaikan ceramah bersama beliau ialah Y.B Drs Khalil Idham Lim- ADUN Titi Serong.
Esok pagi (Ahad) suami akan menyampaikan kuliah subuh di Surau Teluk Gedung sebelum bertolak ke Pasir Panjang bagi menghadiri program yang telah diatur.

No comments:
Post a Comment