Satu Seminar Literasi Undang-Undang Syariah Keluarga Islam telah diadakan di Hotel Syuen pagi tadi. Seminar ini telah dianjurkan oleh Persatuan Wanita Perak untuk Wanita (PWW) dan Women's Institute For Research, Development & Advancement (WIRDA).
Saya telah diberi peluang untuk merasmikan seminar tersebut yang telah menyaksikan 7 kertas kerja telah dibentangkan mulai jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.
Antara kertas kerja yang telah dibentangkan ialah Sejarah Undang-Undang Syariah Malaysia oleh Dr. Noraida Endut, Keganasan Rumahtangga oleh Dr. Sharifah Halimah, Peranan Jabatan Agama Islam dalam menyelesaikan konflik keluarga oleh Ustaz Manolito dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment