Sunday, November 09, 2008

Lawatan Ke Pulau Langkawi


Beberapa hari tidak dapat menulis kerana saya sekeluarga bercuti ke Pulau Langkawi. Sejak suami mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar iaitu sudah hampir 8 bulan inilah kali pertama dapat peluang bercuti bersama anak-anak. Itupun ke Langkawi disebabkan suami perlu menghadiri program parti dan saya serta anak-anak berpeluang bercuti dan berehat di sana.

Kami bertolak ke Pulau Langkawi tepat jam 5.45 petang hari Jumaat dan tiba di Jeti Pekan Kuah pada jam 7.20 malam. Kami terus di bawa ke tempat penginapan di Holiday Villa, Pantai Cenang. Jam 9.45 malam suami terus beredar dari hotel setelah makan malam untuk menyampaikan ceramah bersama Menteri Besar Kedah. Suami pulang jam 12.00 malam dan keesokan paginya keluar dari bilik hotel jam 5.25 pagi ke pekan Kuah untuk menyampaikan kuliah subuh di Masjid Al Hana.

Sepanjang hari Sabtu suami mengikuti program dan mesyuarat Rapat Pimpinan PAS Pusat.

Saya dan anak-anak berpeluang menziarahi beberapa tempat menarik di Langkawi iaitu menaiki Kereta Kabel, lawatan ke Underwater World dan ke Gerai Gamat Sireh Lagenda.

Pagi Ahad kami bertolak ke Kuah sekitar jam 9.40 pagi dan membeli sedikit buah tangan di pekan Kuah sebelum bertolak ke Kuala Kedah tepat jam 11.40 pagi. Tiba di Kuala Kedah kami di sambut oleh YB Nasir (ADUN Kubang Rotan) dan kami makan tengahari di Jalan Kuala Kedah. Selepas itu kami di bawa melawat ke Pusat Khidmat DUN Kubang Rotan. Setibanya kami di sana, ramai kakitangan yang menunggu termasuk pimpinan Kelab Penyokong PAS, Ahli Majlis Daerah Kota Setar dan pimpinan PAS Kawasan.

Selepas solat di Pusat Khidmat DUN Kubang Rotan kami terus bertolak pulang ke Ipoh dan tiba pada jam 5.30 petang.

Cable Car
Gunung Mat Chincang


Kedai Gamat Sireh Lagenda

Bersama YB Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan
di Pusat Khidmat DUN Kubang Rotan

No comments: