Thursday, July 17, 2008

Genap 4 bulan

Pada hari ini genaplah 4 bulan kerajaan Pakatan Rakyat menerima amanah memerintah negeri Perak Darul Ridzuan yang di sayangi. Selama 4 bulan ini jugalah saya sekeluarga menghadapi pelbagai jenis ujian dan dugaan dari pelbagai aspek.

Mungkin ramai yang merasakan menjadi isteri Menteri Besar adalah satu kebanggaan sedangkan pada hakikatnya ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang sangat berat untuk dipikul dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tanggungjawab sebagai hamba Allah pun tidak sempurna dilakukan apatah lagi ditambah dengan amanah yang baru.

Mutakhir ini, terdapat desas desus mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan terkubur pada bila-bila masa sahaja. Kemenangan Pakatan Rakyat adalah satu Qada' dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah melalui sistem pilihanraya di mana rakyat membuat keputusan untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka. Sekiranya Allah tidak mengizinkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah maka bila-bila masa sahaja kerajaan ini akan tumbang.

Pada hari ini, ramai dikalangan muslim di Perak berpuasa dan melakukan Iftar Jama'ie seterusnya solat hajat beramai-ramai di Stadium Ipoh dan mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Program ini dijalankan dengan harapan semua rakyat tidak ghairah dengan ujian kemenangan yang telah diberikan disamping memberi kekuatan fizikal dan rohani kepada semua pimpinan agar bijak, adil dan amanah dalam menjaga negeri Perak. Semoga dengan program ini akan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita dan juga pimpinan.

Gambar-gambar kenangan ketika Majlis Mengangkat Sumpah Menteri Besar Perak yang ke-10

2 comments:

VimmiYasmin said...

Surah Ibrahim:51
KELUARNYA manusia dari kubur masing2 itu ialah kerana ALLAH akan membalas tiap2 seorang apa yg ia telah usahakan;sesungguhnya ALLAH amat cepat hitungan hisab NYA.

Semoga DatinSeri cekal menghadapi dugaan dan tanggungjawab yg telah diamanahkan ALLAH.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam vimmiyasmin,
Terima kasih atas ingatan dan doa.
Selagi saya mampu insyaAllah saya akan pikul tanggungjawab yang telah diamanahkan..