Tuesday, September 02, 2008

Berbuka Puasa di Kampar

Suami menelefon dari pejabat kira-kira jam 2.30 petang memberitahu hari ini dia berpeluang untuk pulang ke kampung berbuka puasa bersama emak dan saudara mara lain. Hari-hari mendatang di bulan Ramadan jadualnya sudah padat untuk berbuka puasa di tempat lain.

Dengan kesempatan masa yang ada, setelah pulang dari pejabat suami terus bersiap dan kami sekeluarga bertolak ke Kampung Air Itam Labu, Kampar untuk berbuka puasa bersama keluarga. Anak sulung dan menantu terlebih dahulu bertolak seawal jam 4.00 petang ke Tapah untuk membeli sedikit juadah berbuka di pasar Ramadan pekan Tapah. Kami tiba di Kampar kira-kira jam 6.30 petang dan suasana di rumah emak mertua di Kampar sudah meriah dengan kehadiran anak-anak saudara dan adik beradik yang lain.

Selepas solat Maghrib di masjid, semua berkumpul untuk makan berat dan berbual mengenai berita dan isu-isu semasa untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Kami sekeluarga bertolak pulang ke Ipoh kira-kira jam 10.45 malam setelah menunaikan solat Sunat Tarawih di Masjid Air Itam Labu yang terletak bersebelahan rumah emak mertua. Tiba di Ipoh tepat jam 11.30 malam.


2 comments:

Abang Long said...

Salam Ramadan wahai Datin Seri.

Begitu terasa nikmat berbuka bersama seluruh ahli keluarga. Semoga Datin Seri dan keluarga dilimpahi rahmat dari Allah sepanjang masa. AMIN, AMIN, AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam

abang long,

Salam ramadhan.
Memang seronok dapat berbuka bersama keluarga dan adik beradik yang lain. peluang sebegitu bukan mudah nak dapat. Terima kasih atas doa untuk kami sekeluarga.