Monday, December 29, 2008

Karnival Sua Rasa TV9

Suami ditemubual oleh Aziz Desa dalam program
Nasi Lemak Kopi O

Semalam saya dan suami telah melawat Karnival Sua Rasa anjuran TV9 yang telah dilangsungkan di Dataran Bandaraya Ipoh selama 2 hari mulai 27 Disember dan berakhir 28 Disember 2008.

Saya dan suami melapangkan masa hampir 3 jam di tapak karnival dan turut bertemu dengan Pengerusi Media Prima Dato' Mutalib serta jiran lama kami ketika menetap di Gombak, Bukhari Che Muda. Jam 8.30 pagi suami turut ke udara secara langsung di TV9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O yang telah dihoskan oleh Saudara Aziz Desa. Ini merupakan kali pertama suami ditemuramah secara langsung dan ke udara di televisyen semenjak beliau menjadi menteri besar.

Selepas program Nasi Lemak Kopi O kami di bawa ke bertemu dengan Finalis program Gadis Melayu di booth TV9. Selepas itu kami di bawa ke Gerai Warisan Bonda untuk berlintas langsung di kaca TV untuk program masakan tradisional Negeri Perak. Resepi yang dipersembahkan ialah Gulai Tempoyak.

Selesai acara tersebut saya dan suami di bawa melawat ke booth Ar-Risaalah, Tourism Perak dan Celcom. Selesai minum pagi kami terus pulang ke kediaman sebelum ke Sungai Siput.

Sebelah malam saya ditemani anak dan menantu sekali lagi ke tapak karnival sua rasa untuk mengikuti program Halaqah yang disiarkan secara langsung di TV9 mulai jam 9.00 malam. Hujan turut agak lebat dan masih renyai-renyai hingga akhir program. Suami tidak dapat bersama kerana mengikuti program di Ambang Maal Hijrah yang telah diadakan di Masjid An-Nur Batu 8, Hulu Kinta.

Program Halaqah telah dipengerusikan oleh Ust Shukri Yusuf dan ahli panelnya ialah Dr. Sharifah Hayati dan Ustaz Roslan Che Ros yang mengupas mengenai tajuk 'Hijri' 'Masihi'.


Menerima cenderahati dari pihak TV9

Beramah mesra dengan pengunjung karnival

Program Warisan Bonda bersama Chef Fairuz

Di Booth Ar-Risaalah, Perak Tourism & Celcom

Program Halaqah

2 comments:

Liza said...

Assalamualaikum Datin Seri ...

Saya sempat menonton MB ditemubual dalam "Nasi Lemak Kopi-O". Tak sangka dapat tengok MB Pas dalam TV. Maklumlah ...

Puas hati jugalah saya dan ibu saya dapat dengar MB bercakap. Ayah saya kurang sihat hari tu, jadi dia miss tengok temu bual tersebut. Cuma bila Aziz Desa tanya tentang apa program untuk majukan kraftangan etc, saya rasa MB jawab pasal buah-buahan - buah naga, jambu merah (?). Tapi tak apalah, mungkin lain kali boleh dapat penerangan tentang kraftangan di Perak.

Oh ya, saya hampir terlepas tengok Datin Seri dan suami semasa segmen masak Gulai Tempoyak tu. Ingatkan dah habis setakat temu bual tu saja. Nasib baik ayah saya pula tengah tengok TV masa tu. :-)

Unknown said...

Nampaknya saya terlepas semuanya sebab jarang dapat tonton tv di musim cuti ni. Maklum saja budak-budak asyik nak tengok ceria saja. Lagipun saya kerja luar hari tu.