Semalam selepas menghadiri program Ma'al Hijrah di Dewan Banquet SUK, saya dan suami menerima tetamu di kediaman rasmi. Mereka ialah sahabat-sahabat seperjuangan suami ketika kami menetap di Kuala Lumpur. Mengimbas kembali kenangan, dahulu ketika mula-mula berkahwin, ada masa-masanya suami memberitahu akan ke rumah Flat Kerinchi untuk bertemu dengan anak-anak buah untuk program Usrah. Beliau menjadi Mentor ketika itu bersama Sdr. Yusuf (belajar bersama di U.K). Ketika itu, anak-anak buah Usrah masih bujang dan tinggal bersama di dalam satu rumah di Bilik 18P, rumah Flat Kerinchi. Usrah mereka ketika itu dikenali dengan Usrah 18P.
Hampir ke semua anak buah seramai 10 orang yang mengikuti Usrah bersama suami dan Yusuf hadir ke kediaman semalam dan banyak kenangan-kenangan lama dibualkan. Mereka datang bersama keluarga masing-masing dan berjanji berkumpul di Masjid Negeri untuk tiba bersama-sama di kediaman.
Suami amat gembira dapat bertemu kembali anak-anak buah dan hubungan yang terbentuk sekian lama kembali terjalin dengan pertemuan yang penuh bermakna.

1 comment:
(ustaz.Ridzuan) Usrah ni sangat berkesan dalam hati dan fikrah saya walaupun usrah ini dalam bentuk perbahasan dan juga berdebat, di mana setiap hujung bulan saya balik ke kg Jeram mengkuang Bidor, namun petang sabtu saya sudah berada kembali di kuala lumpur untuk mengikuti Usrah 18P .
Post a Comment