Kesempatan berada di daerah Manjung untuk majlis penyembelihan korban, saya dan suami bersama Y.B Ngeh telah melawat 2 keluarga mangsa nahas bas ekspress Super Nice yang berlaku pada 7 Disember yang lalu di Tangkak, Johor.
Keluarga yang kami ziarahi ialah adik Yuen Yee yang cedera di bahagian mata di mana datuknya Mendiang Poh Meng Lai maut ditempat kejadian. Kisah adik Yuen Yee ada dimuatkan di dalam akhbar Berita Harian Isnin 8 Disember di mana beliau enggan berganjak dan menunggu datuknya yang tersepit dicelah bas yang remuk.
Sebuah keluarga lagi yang telah kami ziarahi di Kampung Selamat isterinya masih meratapi pemergiaan suaminya berusia 47 tahun. Beliau mempunyai 2 orang anak untuk disara setelah hilang tempat pergantungan.
Dalam kejadian ngeri awal pagi Sabtu yang lalu, 10 orang maut dan 18 cedera apabila bas dari Pantai Remis menuju ke Singapura terbabas dan terbalik di Kilometer 146.5 Lebuhraya PLUS berhampiran Tangkak.
Sebuah keluarga lagi yang telah kami ziarahi di Kampung Selamat isterinya masih meratapi pemergiaan suaminya berusia 47 tahun. Beliau mempunyai 2 orang anak untuk disara setelah hilang tempat pergantungan.
Dalam kejadian ngeri awal pagi Sabtu yang lalu, 10 orang maut dan 18 cedera apabila bas dari Pantai Remis menuju ke Singapura terbabas dan terbalik di Kilometer 146.5 Lebuhraya PLUS berhampiran Tangkak.
4 comments:
assalamualaikum datin seri,
mudah2-an datin dan keluarga sentiasa berada di bawah rahmat Allah.
apa yang saya tulis ini sekadar pandangan daripada rakyat biasa yang cuba memberi pendapat - mudah2-an ada manfaatnya. dan lebih penting, komen ini bukan untuk disiarkan.
rasanya, ketika menulis entri dalam blog ini, agak baik juga kalau datin seri tidak menggunakan ungkapan/istilah 'mb' atau 'dato seri', misalnya, kepada dato' seri nizar. walaupun beliau adalah mb perak dan wajar diberi penghormatan selayaknya, datin seri sebagai isteri tentulah lebih mesra dan santai dan spontan jika membahasakan beliau sebagai 'suami' misalnya.
pada aspek lain, ia juga satu kaedah public relation (pr) daripada pihak datin seri untuk pembaca/pengunjung blog ini, khususnya.
sesekali, memang tak ada salahnya (malah, perlu) membahasakan dato seri mb dengan gelaran dato' seri itu. tapi disebabkan blog adalah tempat santai, bersifat interaktif dan nonformal, mungkin ada baiknya ungkapan santai dan nonformal juga digunakan di sini.
pandangan ini tidak berniat serong atau berprejudis, sebaliknya ikhlas dan berniat baik. sebagai anak perak yang sayangkan perak dan kerajaannya, saya mendoakan datin seri sekeluarga dilimpahi rahmat selamanya. amin
(tolong, komen ini bukan untuk dipaparkan/disiarkan. tq)
alahai datin seri.....
comments are not moderated. kot.
so, it's automatically published.
lagipun tiada yang tidak kena dengan komen itu, apa yang nak dimalukan.
actually bukan dia pun yang tulis..pegawainya..
Post a Comment