Wednesday, July 30, 2008

Pelancaran Bulan Galakan Solat

Hari ini semua anak-anak tidak ke sekolah kerana cuti sambutan Isra' Mikraj tetapi harapan untuk bersantai bersama keluarga tidak kesampaian kerana suami bekerja seperti biasa.

Ikut pada jadual pada hari ini saya perlu mengiringi suami ke suatu program sambutan Isra' Mikraj di Institut Pentadbiran Islam Perak (INTIM) namun saya terpaksa menguzurkan diri kerana bonda saya sekali lagi dikejarkan ke hospital kerana kesesakan nafas secara tiba-tiba. Bonda yang kini berusia 84 tahun di jaga sepenuh masa oleh kakak kandung yang menetap di Tapah.

Saya dan anak-anak bergegas pulang ke Tapah selepas suami berangkat ke pejabat untuk menziarahi bonda. Alhamdulillah keadaan bonda pada ketika ini stabil. Menurut doktor bonda kesesakan nafas secara tiba-tiba berikutan jangkitan virus pada tiub makanannya. Hampir 3 jam saya di hospital sebelum ke Kampar untuk menziarahi ibu mertua saya. Saya dan anak-anak makan tengahari di kampung suami di Air Itam Labu, Kampar.

Pada hari semalam selepas solat Maghrib saya telah menghadiri satu program yang dinamakan Bulan Galakan Solat bersempena sambutan Isra' Mikraj di Dataran MBI, Ipoh. Program seperti ini merupakan satu inisiatif kerajaan yang amat baik bagi menyedarkan rakyat tentang kepentingan rukun Islam yang kedua ini.

Suami mengimamkan solat Isyak berjemaah bersama seluruh rakyat yang hadir di tempat program. Selepas solat program diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Menteri Besar dan Tazkirah ringkas disampaikan oleh Pengetua Sekolah Agama Abbasiah Sungkai. Majlis turut menjemput saudara Suhaimi dan isterinya saudari Ina Naim untuk menyerikan majlis dengan alunan nasyid.

Solat Isyak berjemaah di Dataran MBI, Ipoh

Saya dan suami bersama dif kehormat sebelum majlis perasmian

Menyaksikan tayangan upacara perasmian

2 comments:

h a r i t h said...

Wahhh..alhamdulillah..satu program yang bagus sekali..insyaAllah..kalu budaya2 macam ni dpt diterapkan atau dibuat diperingkat universiti mahupun IPT kan lagi bagus..sb sekarang masih ramai para pemuda dan para pemudi y mengambil ringan tentang solat..astaghfirullahh..Good work~!..insyaAllah kalau berkesempatan selepas ini..saya akan turut serta dalam program-program sebegini insyaAllah :)

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam harith,
Sememangnya program sebegini wajar diteruskan bahkan bukan setakat pemuda-pemudi di IPT malah anak-anak kecil di Tadika harus diberi penekanan.

Semoga masyarakat kita sedar dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah.