Monday, August 04, 2008

Ziarah bonda di Tapah

Bonda tersayang ditempatkan di Wad Perempuan Hospital Tapah

Awal pagi tadi anak perempuan sulung dan menantu selamat tiba dari Kuala Terengganu setelah menghadiri majlis perkahwinan sahabat karib mereka. Saya menceritakan kepada mereka dengan lebih jelas keadaan kesihatan opah pada ketika ini.

Sepanjang 3 hari ini saya tidak dapat menulis di sini disebabkan sibuk berulang-alik ke kampung melihat keadaan bonda yang tiba-tiba nazak pada hari Jumaat malam Sabtu. Pada ketika itu suami saya baru pulang dari Kuala Lumpur hampir 12.30 malam. Suami menerima panggilan telefon pada jam 3.00 pagi dari kakak saya yang menunggu bonda di hospital bahawa bonda dalam keadaan kritikal dan dikerah pulang pada waktu itu.

Terkejut dengan khabar tersebut saya dan suami bergegas pulang ke Tapah dan terpaksa meninggalkan anak-anak yang sedang nyenyak lena di rumah. Setengah jam suami memandu kami selamat tiba di wad perempuan hospital Tapah. Saudara mara terdekat sudah memenuhi ruang wad pada ketika itu. Sayu melihat bonda yang menahan sakit dan seluruh tubuhnya bengkak. Ramai yang hadir membacakan Surah Yassin dan doa.

Suami bertanya kepada doktor dan setelah diberi penjelasan sehari dua ini keadaan bonda tidak stabil memandangkan tubuh tidak dapat menyesuaikan pertukaran ubat baru yang telah diberikan.

Terima kasih yang teramat sangat kepada suami kerana dalam keadaan masa yang terlalu sibuk beliau masih sempat bersama saya. Dalam keadaan suami yang baru pulang dari K.L jam 12.30 malam terus ke Tapah jam 3.30 pagi tiba di Ipoh jam 3.00 petang Sabtu disebabkan suami ada program yang harus dihadiri jam 5.00 petang. Saya mengerti keadaan suami yang terlalu mengantuk dan penat tetapi demi tugas dan tanggungjawab kepada keluarga dan kepada rakyat beliau tidak langsung mengeluh.

Alhamdulillah tengahari tadi saya bersama anak perempuan dan menantu serta si bongsu pulang menziarahi bonda dan keadaanya semakin stabil. Tubuh bonda sudah dapat menerima ubat yang baru dan bengkak di badan sudah mulai surut seperti sediakala. Saya menemani bonda sehingga hampir waktu Maghrib sebelum pulang ke Ipoh.

11 comments:

Abang Long said...

Salam hormatwahai Datin Seri.

Inilah namanya tanggungjawab. Terhadap rakyat dan kepada keluarga. Semoga semuanya berada dibawah limpah dan rahmat dari Nya.

Zon Hisham said...

Semoga bonda Datin Sri cepat beransur pulih. Serta sekalung tahniah pada Datuk Sri kerana telah menunjuk kepada kita erti pengorbanan dan tanggungjawab sebagai seorang Menteri Besar.

pahbedah said...

assalamualaikom Datin Seri.
Pah bedah dan semua cucu2 opah doakan agar bonda segera sembuh dan banyak2lah besabo atas ujian Allah ini...kita berusaha,kesembuhan dari Allah..

cikliah said...

Salam Datin Seri,

Saya doakan DS dan keluarga diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Semoga bonda DS akan dikurniakan kesihatan yang baik.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Assalamualaikum w.b.t

Abang Long,
Selagi termampu saya akan sentiasa menyokong dan membantu semua tugas dan tanggungjawab suami. Terima kasih

Zon Hisham,
Tanggungjawab yang telah dipikul sememangnya amat berat. Sabar dan yakin dengan bantuan Allah akan menjadikan diri lebih kuat dan tabah menghadapi segalanya.

Pah Bedah,
Terima kasih atas doa Pah Bedah dan cucu-cucu. Semoga Pah Bedah dan cucu-cucu berada dalam keadaan yang baik juga..

Cikliah,
Allah memberi ujian untuk mereka-mereka yang mampu menghadapinya. Semoga saya dan keluarga tidak berputus harap dengan bantuan dariNya.

HARITH said...

Alhamdulillah..sekarang dah kembali stabil..saya doakan agar bonda Datin cepat sembuh dan sihat..amin~

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam harith,
Terima kasih atas kunjungan dan doa

Hijrah said...

Semoga DS tabah menghadapi dugaan hidup.

akhirnya jumpa juge blog bleh mendekatkan diri kepada MB Nizar. Dari dulu saya tercari-cari blog DS Nizar. atleat di blog ni, bleh saya dapat information skit sebanyak berkenaan MB negeri saya ni.

Semoga Allah merahmati kerajaan negeri perak di bawah pentadbirah DS Ir Nizar. Amin

-anak perak di perantauan

fahmi said...

Syukur pada Allah,

Memang saya tercari-cari orang yang rapat dengan YAB MB Perak yang ada blog. Tak sangka orang itu ialah isteri beliau sendiri. Menakjubkan!

Teruskan menulis kerana terlalu ramai yang ingin membaca. TQ.

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

Assalamualaikum w.b.t

Hijrah,
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog yang tidak seberapa ini. Boleh juga kunjungi web suami di www.perakdaily.com..

Semoga Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hamba-hambaNya yang beriman.


Fahmi,
Alhamdulillah baru berjinak-jinak dengan dunia bloggers dengan tujuan untuk berkongsi kisah hidup sebagai isteri MB yang sentiasa menyokong beliau sepenuh masa..

InsyaAllah selagi terdaya saya akan sentiasa menulis di sini..

dua alam said...

salam..datin...dah memang jadi tanggungjawab kita sebagai manusia menjaga ibu bapa kita. takkan ini pun nak bagitau satu malaya.....tu dah jadi riak dah tu...cemana ni....