Sunday, August 10, 2008

Terima kasih pihak Harakah

Terima kasih saya ucapkan kepada semua tetamu ke blog saya kerana sudi berkunjung ke sini serta memberi komen, cadangan dan sokongan. Semua cadangan dan komen saya akan cuba adakan dan jayakan.

Saya juga tidak menyangka tulisan saya di sini telah dimuatkan di Harakahdaily.net dan akhbar Harakah. Semasa kunjungan wakil Harakah ke kediaman rasmi pada 29 Julai yang lalu ada suami memberitahu tentang kewujudan blog ini kepada mereka. Terima kasih kepada pihak Harakah kerana menyiarkannya beberapa artikel dari blog saya di internet dan akhbar.

Pada ketika ini Perak sudah mulai sibuk untuk persiapan menjadi tuan rumah kepada Muktamar Tahunan PAS kali ke-54 yang akan diadakan mulai 13 Ogos dan berakhir 17 Ogos 2008. Ramai pimpinan PAS, ahli serta tetamu akan memenuhi bandar Ipoh. Harapan saya semoga muktamar kali ini akan berlangsung dengan lancar dan menghasilkan satu natijah yang amat baik.

2 comments:

dariana said...

salam dan tahniah kepada DS dan Datin Seri.

Semoga muktamar akan berlangsung dengan penuh keberkatan dan kejayaan.

Walaupun tidak menjadi emas, jadi PERAK tulin pun kita bersyukur; tetap berharga dan berkilat jika digilap dengan baik.
SELAMAT BERMUKTAMAR. TAKBIR!!!

DATIN SERI HAJJAH FATIMAH BINTI TAAT said...

salam abdul hadi,
Terima kasih atas doa dan sokongan. Alhamdulillah setakat ini persiapan muktamar berjalan lancar dan sedaya upaya menampung kelemahan-kelemahan yang ada.