Saturday, August 16, 2008

Tetamu Luar Negara

Pada malam semalam telah diadakan Majlis Makan Malam bersempena Muktamar PAS ke-54 di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar. Hadirin terdiri daripada pimpinan PAS Pusat, pimpinan dari semua peringkat dan para perwakilan yang berjumlah hampir 1500 orang.

Di dalam majlis tersebut tetamu luar negara untuk muktamar turut hadir. Antara mereka yang hadir ialah wakil dari Indonesia, Maldive, Tajikistan, Turki, Pakistan, Sri Lanka dan Filifina. Beberapa tetamu negara lain seperti Jordan, Yaman dan Thailand telah pulang selepas Majlis Perasmian Muktamar.

Sebelum majlis makan bermula kesemua wakil-wakil delegasi asing telah menyampaikan ucapan menceritakan perkembangan Islam ditanahair mereka, isu-isu semasa tentang dunia Islam dan rata-rata mereka memuji pergerakan Islam di Malaysia yang telah memenangi Pilihanraya di beberapa buah negeri.

Tetamu yang hadir

Salah seorang wakil yang berucap pada malam tersebut iaitu
Sheikh Qazi Hussain Ahmad dari Pakistan

No comments: