Thursday, August 14, 2008

Menghadiri Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat

Pagi tadi saya telah menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke-48 yang telah diadakan di Ballroom Tingkat 6, Hotel Hillcity. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu selaku Naib Presiden II PAS. Tuan Haji Mohamad Sabu menyatakan muslimat perlu menyerlahkan kehebatan. Kini muslimat telah hebat bersuara di Parlimen dan menunjukkan peranan di persada politik tanahair.

Ucapan Tema Muktamar yang bertajuk Mengisi Kemenangan, Melestari Kebajikan telah disampaikan oleh Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Suami pula jadualnya penuh sepanjang hari ini bermula dengan tugas harian sebagai Menteri Besar di Pejabat SUK kemudian di sebelah petang telah meraikan tetamu-tetamu Muktamar dari luar negara di Casuarina Hotel dan di sebelah malam pula bertemu dengan pimpinan PAS Pusat.

Gambar-gambar di Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat

Pada sebelah petang pula, saya telah menerima kunjungan Datin Sabariah isteri kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasmi. Sambil minum petang kami berbual tentang isu-isu semasa dan perkembangan terkini.

Esok Muktamar PAS Pusat bakal berlangsung di Dewan Stadium Indera Mulia manakala disebelah petang kediaman rasmi MB akan menerima tetamu dari luar negara, pimpinan PAS serta perwakilan untuk sedikit jamuan keraian.

Bersama Datin Sabariah di Kediaman Rasmi MB

1 comment:

Aminah said...

Salam,

Alhamdullillah semua berjalan lancar. Terima kasih kerana sudi berkongsi gambar2 dan maklumat mengenai muktamar. Saya akan selalu melawat blog Datin Seri ni untuk berita2 semasa dan terkini.
Selamat berhujung minggu.